Assalamualaikum…
Saya rasa sudah tentu ramai pembaca dan rakan-rakan blogger sudah mengenali Ubat Periuk ini atau lebih mesra di panggil sebagai ” Ubat Piok ” . Untuk pengetahuan semua , Ubat Periuk ini merupakan IBU UBAT dan kegunaan utama adalah untuk pembersihan dalaman dan penjagaan kesihatan . Apa yang penting , Produk ini adalah 100% buatan orang kampung , dan cuma akan di buat dan masuk hutan untuk mencari bila ada permintaannya . Rasanya tidaklah pahit seperti sedang menium Teh O tanpa gula . Ubat Periuk sudah sinonim dengan masyarakat kita sejak zaman berzaman dan sering diamalkan oleh ibu- ibu selepas mengandung atau dalam berpantang khususnya . Walaupun ada sesetengah dari pengeluar atau pengedar yang menjualnya dengan rasa agak pahit , namun ia adalah penawar untuk segala penyakit dan banyak khasiatnya .
Ubat Periuk