• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Wan Zawawi

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Teleport Mencari Komuniti Usahawan di Tujuh Buah Bandar di Malaysia

January 23, 2021 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Teleport , cabang logistik airasia digital, melancarkan Program Komuniti Usahawan pada 21 Januari 2021 di Kuala Lumpur . Program selama dua bulan ini dirangka untuk memberi peluang kepada usahawan di Malaysia mengembangkan perkhidmatan penghantaran Teleport di tujuh buah bandar di Malaysia seperti Ipoh , Seremban , Johor Bahru , Pulau Pinang, Kota Kinabalu , Kuching dan Miri .

Pasukan Teleport di Melaka!

Individu yang mendaftar untuk program ini dijangka memperoleh sehingga RM3,000 sebulan dan berpeluang untuk mendapat tawaran pekerjaan sepenuh masa dengan Teleport Malaysia . Mereka turut akan dilatih dan ditugaskan untuk memasarkan perkhidmatan penghantaran Teleport dan menguruskan operasi penghantarannya . Para usahawan juga akan diberikan senarai perniagaan untuk dipasarkan , serta akses kepada pelbagai teknologi milik Teleport sepanjang program in i.

Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata : “ Kami teruja untuk melancarkan Program Komuniti Usahawan ini di tujuh buah bandar di Malaysia. Perniagaan kami semakin berkembang , dan pada tahun 2021 ini kami menjangka lebih banyak peluang perniagaan akan tersedi . Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia – serta kakitangan AirAsia yang dikenali sebagai Allstars sama ada yang masih berkhidmat atau tidak .

… Teruskan Membaca… …

Nak Elak Mengumpat,Kalau Buat Ketupat Takpe Jugak

January 22, 2021 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Dalam hidup seharian , kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan dan dikalangan lelaki pun apa kurangnya ?

Cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat , tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat . Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk di belakang hamba Allah tu .

Image by Gerd Altmann from Pixabay

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat , tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan ??? Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni ,t api cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak , perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.

Dalam Islam , mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri . MasyaAllah , sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni ! Walaubagaimanapun pun , kita adalah hambaNya yang lemah . Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan .

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain ? Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni :-

… Teruskan Membaca… …

Tips Membeli Alat Ganti Kereta

January 21, 2021 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Dunia Kereta

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part atau alat ganti .

1.   Alat ganti tulen daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK . Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah . Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2.   Alat ganti tulen tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3.   Alat ganti tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4.   Alat ganti recon iaitu yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat .

Gambar dari Google
… Teruskan Membaca… …

Wordless Wednesday #58

January 20, 2021 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Wordless Wednesday

Sabar Antara 6 Sifat Orang Bertakwa

January 15, 2021 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

DALAM khutbah Jumaat, khatib mesti berpesan kepada jemaah agar menjadi orang bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya . Ia adalah antara rukun khutbah Jumaat.

Peringatan itu diberikan pada peringkat awal khutbah. Ia agar jemaah akan mendengar segala isi khutbah disampaikan . Kandungan isi khutbah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan manusia bertakwa kepada Allah .

Islam amat menuntut umatnya menjadi orang bertakwa . Al-Quran menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud : ” iaitu orang yang berdoa : Wahai Tuhan kami , sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar , orang yang benar , orang yang taat , orang yang menginfaqkan ( ke jalan Allah ) dan orang yang memohon keampunan pada waktu sahur . ” ( Surah Ali Imran , ayat 16-17 ) .

Berdasarkan ayat di atas , ada enam sifat orang bertakwa iaitu orang berdoa , bersifat sabar , benar , taat , suka menafkahkan hartanya dan mereka yang sentiasa memohon keampunan pada waktu sahur .

Dalam sifat di atas , wujud ciri amat bernilai dalam kehidupan manusia sebagai hamba-Nya dan bermasyarakat.

… Teruskan Membaca… …
  • Go to page 1
  • Go to page 2
  • Go to page 3
  • Interim pages omitted …
  • Go to page 46
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

ARTIKEL POPULAR

  • Cara Yang Betul Mencuci Kereta Sendiri 24.6k views
  • Kenapa Anda Harus Pilih Takaful Dan Medical Card Dari Zurich Takaful ? 24.1k views
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk 23.2k views
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? 15.9k views
  • Sakit Mata La Pulak…. 11.9k views
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? 8.8k views
  • Zaptor Performance Voltage Stabiliser Memang Terbaik !!! 3.5k views
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa 3.2k views
  • Aktiviti Menukar Dakwat Printer HP Deskjet Ink Advantage 1515 3.1k views
  • ANCHOR FOOD PROFESSIONALS LAUNCHES ARTISANAL PIZZAS THROUGH PIZZART CAMPAIGN 2.7k views
Blogged.my
Top  blogs
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2021 DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO