Sakit Mata La Pulak….
Assalamualaikum…
Dah masuk hari Rabu rupanya , Hmm… semalam ( Selasa 4 Julai 2017 ) nasib tidak menyebelahi apabila mata terasa sakit sangat . Mula-mula tu perasan juga sebelum balik kerja pada petang Isnin kelmarin mata dah mula merah sampai ramai kawan-kawan sekerja tegur mata aku ni dah merah semacam je . Mana tidaknya , kena buat kerja di Department Welding katanya . Jadi terus nekad balik awal pada pukul 4.40 petang . Mood nak kerja lebih masa atau ” Over Time ” pada hari tersebut dah kelaut . Sebaik sampai je di rumah , mandi bersihkan segala kotoran di badan kaki dan muka . Terus titiskan ” Eye Mo ” , ubat titis mata yang ada di rumah . Rasa lega la sedikit sampai tertido sehingga pukul 9.30 malam , penat sangat rasanya la kot .
Sumber gambar dari Google
Selepas bangun tu , basuh muka sekejap dan terus makan malam . Semasa berehat seketika ambik hp terus Google petua untuk hilangkan merah di mata ni , rata-ratanya ramai yang bagi pendapat kerja di bagaina Welding ni memang beri kesan dan efek kepada mata jika tidak menggunakan kelengkapan yang lengkap seperti cermin mata hitam . Ikut pengalaman , dah 2 tahun lebih tak buat kerja-kerja welding ni . Ada juga rakan-rakan yang suruh berehat awal dan tidur untuk mendapatlan kelegaan di bahagian mata tu . Jadi terus la tidur..sekali tersdar dalam pukul 12.30 tengah malam plak , rasa mata ni berat sangat nak buka , pedihnya pun rasa lain macam je ..haizzzz terpaksa telefon adik untuk tolong bawakan ke hospital , memandangkan semua klinik di kawasan sini dah tutup .
… Teruskan Membaca… …
Cuti Dah Habis Bro
Assalamualaikum…
Wahhh…lama juga berhabuk blog ni , hehehe maklumlah sibuk dengan Hari Raya Aidil Fitri dan cuti raya . Mesti ramai yang menanti dengan sabar kemaskini terbaru dari blog ini kan ? Rilek brader…rileks brader…ok hari ni memang sudah ada kemaskini terbaru la . Jadi jangan lupa baca komen dan share ke media sosial seperti facebook dan Twitter ok 🙂 . Memandangkan hari ini sudah pun masuk ke bulan Julai , sudah tentu kena rancang semula untuk kemaskini blog ini supaya trafik dan pelawat ke blog tidak ke laut nanti .
Sumber gambar dari Pixabay
Fokus Kepada Blog
Sepanjang menghabiskan masa dengan percutian dan Mood hari raya ini , memang terasa dan terkena Sindrom Writer Block tahap kritikal , tetapi sebagai ” Blogger Kental ” dan ” Blogger Baru Bangun Tidur ” saya sudah bersiap sedia dengan strategi untuk terus membuat kemaskini walaupun pada masa-masa tertentu sibuk dengan kerja hakiki dan kerja separuh masa . Apa-apa pun sebagai Blogger ni , kita tidak boleh biarkan terlalu lama blog bersawang dan tiada kemaskini yang terbaru .
Salam AidilFitri 1438 Hijrah 2017
Assalamualaikum…
Setelah sebulan berpuasa , kini kita menyambut Syawal pula . Sebagaimana di malaysia , seluruh umat islam menyambut Syawal pada 25 Jun 2017 . Ia juga merupakan merupakan hari kemenangan kepada semua umat islam setelah hampir sebulan menahan lapar dan dahaga pada siang hari serta menambah nilai amalan-amalan untuk mendapat ganjaran pahala seperti memperbanyakkan zikir , membaca dan khatam al-quran , menunaikan sembahyang terawih berjemaah sama ada di surau ataupun masjid serta banyak lagi . Sebagaimana Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1438 Hijrah pada 25 Jun 2017 , seperti tahun-tahun yang lepas saya berasa teramat gembira dan bersyukur kerana masih berpeluang menyambut puasa di bulan Ramadhan dan juga Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta walaupun di dalam keadaan yang agak sibuk dengan kerja hakiki .
Salam AidilFitri 1438 Hijrah 2017
Di dalam artikel kali ini , saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas untuk ke masjid menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri . Setelah selesai sembahyang sunat Aidil Fitri , saya akan menikmati juadah paling wajib semasa raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga . Dan yang paling menyeronokkan lagi adalah menziarahi rumah saudara mara yang jarang berjumpa sama ada dekat ataupun jauh .
Dua Minggu yang Sibuk
Assalamualaikum…
Sudah lama rasanya tak menulis di blog kesayangan ini , maklumlah terpaksa utamakan kerja yang semakin banyak dan terpaksa mengejar masa untuk siapkan segala tugasan ” Offline ” yang diamanahkan merangkap kerja hakiki dan juga kerja separuh masa atau ” Part Time ” . Untuk pengetahuan semua , dalam dua minggu terlalu sibuk dan tak sempat untuk ” Blogwalking ” dan komen ke blog rakan-rakan blogger , tapi kalau dapat curi-curi masa tu ada juga la singgah di beberapa blog dan tinggalkan komen . Dan paling sedih sekali , hand Phone buat hal…hmm sabar je la ..hahaha lepas ni dah boleh mula menabung untuk Smart Phone baru . Menjelang Hari Raya ni , kene selesaikan beberapa kerja yang masih tertangguh sebelum boleh menarik nafas lega dan bercuti .
Dua Minggu yang Sibuk
Seperti kebiasaan , di dalam kesibukkan masa tu , sempat juga mencari beberapa uteknik untuk memaksimumkan pelawat ke blog dan juga hal-hal berkaitan penjagaan dan keselamatan blog wordpress ini . Semenjak blog ini diterima oleh ” Adsense ” 2 minggu lepas , rasanya iklan-iklan semakin meriah , jadi kena la fikirkan langkah seterusnya untuk memantapkan lagi isi atau ” Content ” di blog ini .
Sumber gambar dari workplacepsychology.net