Assalamualaikum…
Alhamdulillah… hari ini ( Selasa 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442 Hijrah ) semua umat Islam di Malaysia khususnya sudah pun mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia . Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini . Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) .
Kali kedua pada tahun ini kita semua berpuasa di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) atau Movement Control Order ( MCO ) dan ada sesetengah negeri Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan ( PKPP ) di dalam usaha kerajaan dan rakyat untuk memutuskan rantaian wabak atau virus Covid-19 yang sedang melanda . Pesanan saya di sini kepada semua para pembaca setia blog dan juga rakan-rakan blogger serta sahabat-sahabat di luar sana agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri sama ada di rumah mahupun di tempat kerja . Selain memakai topeng muka dan sarung tangan getah yang dikhaskan ketika berada di luar rumah atau di tempat-tempat awam , jangan lupa juga untuk memakai sekali hand sanitizer atau cecair pembersih tangan . Dan jangan lupa untuk patuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti sentiasa mencatat rekod suhu apabila masuk ke premis perniagaan dan Scan menggunakan aplikasi MySejahtera .

Alhamdulillah tahun sambutan Ramadan pada tahun 2021 ini sudah kembali menunaikan Sembahyang Terawih di surau dan masjid serta bazar Ramadan juga boleh beroperasi dengan SOP yang ketat . Secara tidak langsung terubat juga suasana menunaikan sembahyang terawih di masjid atau surau serta kemeriahan bazar-bazar Ramadan .
… Teruskan Membaca… …