LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN
Bagi saya yang lahir pada generasi Y , membesar dengan lagu lama zaman irama melayu 1990-an , paling minat dengan lagu-lagu Noraniza Idris dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan Pak Ngah dimana irama Malaysia telah bermula sejak era 80-an lagi . Lagu apa yang korang masih ingat sampai sekarang ???
Tetapi zaman semakin berlalu dengan mulanya pelbagai genre muzik yang kini anak-anak muda lebih suka kepada pop , balada , blues , rapper dan sehingga ke K-Pop. Ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya Irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi .
Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu , tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan ??? ” Tepuk dada , tanya diri ” .
SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK ???
Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun . Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28 , Lenga Muar Johor . Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak . Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra ” TOK JID ” oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar ” EMBAH JID “.
… Teruskan Membaca… …