Assalamualaikum…
Kebelakangan ini , kenaikkan dan juga peningkatan harga barangan keperluan semakin berada pada tahap yang boleh dikatakan akan terus naik dan naik . Contoh yang paling ketara adalah harga barangan keperluan asas seperti bahan-bahan masakkan iaitu beras , minyak masak dan lain-lain lagi . Bagi sesetengah golongan berpendapatan rendah ianya memberi kesan yang amat mendalam terutama yang sudah mempunyai keluarga terutama yang melibatkan yuran tahunan anak-anak yang masih bersekolah dan juga mempunyai komitmen hutang kereta , motor dan sebagainya . Jadi , sebagai jalan penyelesaiannya , kita harus merancang dan mencari Langkah-Langkah Membina Pendapatan Pasif yang benar-benar sesuai .
Gambar kredit kepada : chooseyoursalary.net
Setiap orang mahukan pendapatan bagi menampung perbelanjaan setiap bulan bagi meringankan beban hutang dan juga perbelanjaan harian di dalam sebuah keluarga misalnya . Sebelum itu apa kata kita kenali dahulu kategori pendapatan . Untuk pengetahuan semua , pendapatan terbahagi dua iaitu :-
Pendapatan Aktif
Dengan pendapatan aktif , anda dibayar mengikut masa anda bekerja dan contoh yang paling senang ialah ramai yang makan gaji seperti bekerja di syarikat pembinaan dan kilang .
Pendapatan Pasif
Manakala pendapatan pasif pula ialah anda melakukan kerja sekali sahaja dan mendapat bayaran tanpa henti . Antara contohnya seperti penulis lirik lagu atau ebook . Mereka ini akan dibayar royalti untuk penghargaan hasil kerja tersebut .