
Wordless Wednesday #39

Blogging Is My Passion
By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday
By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Review
Assalamualaikum…
Adakah anda penduduk atau pelancong dan memerlukan perkhidmatan teksi untuk membawa anda dan ahli keluarga berjalan-jalan atau bercuti di tempat-tempat yang menarik atau ke destinasi membeli belah di sekitar Johor Bharu ? Pernah mengalami situasi sering runsing dan pening untuk memilih perkhidmatan teksi yang sedia ada atau inginkan keselesaan sepanjang perjalanan serta tambang yang berbaloi ? Ok..Saya ada kesemua jawapan untuk persoalan tersebut . Jadi kena la baca sehingga habis artikel pada hari ini .
Untuk pengetahuan semua , sehingga ke hari ini perkhidmatan teksi masih popular dan masih lagi relevan kerana sering mendapat sambutan serta perhatian dari pelancong dari dalam dan luar negara kerana perkhidmatannya yang agak memuaskan serta mempunyai keunikkan yang tersendiri . Tidak kiralah anda ingin ke destinasi jauh ataupun dekat , dengan hujung jari sahaja anda sudah pun boleh menempah melalui medium whatsapp yang teramat mudah , cepat dan ringkas .
By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Review
Assalamualaikum…
Di dalam aspek penjagaan dan pengayaan rambut oleh golongan lelaki seperti saya , pada masa kini lebih ramai selesa dan lebih berminat untuk menggunakan POMADE untuk mendapatkan gaya rambut yang diinginkan serta mudah diurus . Manakala dari segi harganya pula amat berbaloi di dalam pasaran terkemuka . Lebih-lebih lagi dengan menggunakan Pomade , ianya menjadikan rambut lebih kemas dan lebih tahan lama . Jadi tidak mustahil jika kita lihat ramai lelaki khususnya menggunakan pomade untuk sebarang aktiviti sama ada bekerja , menghadiri majlis keramaian dan bersantai bersama-sama rakan ataupun keluarga .
Jadi sebelum saya ceritakan serba sedikit mengenai BIOCHO HERBAL POMADE ini , mari kita kenali sejarah Pomade dahulu ye 🙂
Perkataan dari bahasa inggeris iaitu POMADE berasal dari Perancis iaitu POMMADE . Ia adalah sejenis minyak rambut ” Stylish ” yang membuatkan rambut pemakai akan kelihatan berkilat senang untuk disikat dan tahan lebih lama dan ianya berbeza daripada cream , gel , wax atau clay .
Pomade mula popular digunakan pada tahun 1900 lagi tetapi mula berkembang apabila artis terkenal Elvis Presley menggunakan pomade dan gemar mengayakan ” style ” rambut ” Pompadour “ . Bahan asas pomade adalah dari PETROLEUM JELLY dan diperbaharui dengan BEEWAX supaya mudah dicuci tetapi masih memberikan kesan yang sama.
By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Motivasi
Ahli psikologi mentakrifkan Motivasi sebagai : ” Satu keadaan dalaman  ( baik suatu keperluan atau keinginan ) yang memberikan tenaga, mengarahkan, dan membuat kita bergerak ke arah matlamat , tujuan dan keperluan .
Penggerak motivasi adalah daya yang bekerja pada atau dalam seseorang
untuk memulakan perilaku. Menjadi bermotivasi telah menjadi komponen penting dalam apa jua proses kejayaan . Menjadi bermotivasi adalah ditentukan , berfokus , komited dan penuh ghairah untuk mencapai tujuan yang anda inginkan.
Setiap individu dilahirkan dengan asas keunggulan di dalam diri, dan itu adalah tanggungjawab individu sendiri untuk membuat asas ini tumbuh bagi mencapai potensi terbesar. Namun, masalah dengan individu bukanlah mereka tidak bermotivasi, tetapi adalah mereka tidak
mempertahankan dan terus bermotivasi.
Dalam mencapai sesuatu dalam hidup, seseorang tidak seharusnya hanya
menunggu keadaan yang ideal.Anda harus mulai melepaskan kuasa tanpa batasan daripada bahan yang paling penting dalam resepi kejayaan anda ; anda . Kejayaan adalah sebuah pilihan.Dr Wayne Dyer berkata, ” Jadilah sengsara atau memotivasi diri sendiri,apa yang harus dilakukan, selalunya adalah pilihan anda ” .
By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Informasi
Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.
Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.
Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan.
Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.