• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

August 20, 2018 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Informasi

Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 – ” Berikan ucapan dengan bunga! ” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

… Teruskan Membaca… …

Wordless Wednesday #28

August 15, 2018 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Wordless Wednesday

Selamat Hari Lahir Yang Ke-34 Buat Diriku

August 5, 2018 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Jumaat lepas bersamaan 3 Ogos 2018 genaplah umur saya 34 tahun ….Bila lihat pada angkat 34
ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga terdekat ..maklumlah ikut bajet la kan πŸ™‚

kek hari lahir yang ke-34
Terima kasih kepada emak yang hadiahkan kek coklat yang sedap ni πŸ™‚

Tanggungjawab Sebagai Anak Sulung

Apabila umur dah cecah 34 ini , sebagai anak sulung tanggungjawab rasanya semakin besar , mana tidaknya saya kena jaga mak dan abah , kerana mereka berdua tidak lagi bekerja dan perlu ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap 4 atau 6 bulan . Jadi kena pandai ambil masa untuk kerja hakiki dan kerja separuh masa sambil menjaga mak dan abah . Semoga mak dan abah diberikan kesihatan yang baik dan gembira selalu serta dimurahkan rezeki apabila dijaga oleh anak sulungnya ini πŸ™‚ . Senang cerita , mereka yang bergelar anak sulung ni tahu la apa tanggungjawab yang perlu di galas πŸ™‚

… Teruskan Membaca… …

Cuti-Cuti Di Langkawi Selama 3 hari 2 Malam

August 1, 2018 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum….

Artikel ini adalah kesinambungan Teruja Pertama Kali Naik Kapal Terbang dan Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi . Sebelum ke Langkawi kelmarin saya ada juga mendapat nasihat dari rakan-rakan dan salah satunya saya tertarik dengan artikel dari blog Denaihati . Maklumlah baru pertama kali ke Langkawi , mesti buat pelbagai persediaan secukupnya πŸ™‚ . Artikel ini mungkin panjang sedikit , jadi korang ambil masa la untuk baca nanti ye .

Kira buat julung kalinya la di dalam blog saya ini ada cerita melancong ke tempat-tempat menarik , dan destinasi yang pertama adalah Langkawi . Sememangnya saya dah lama pasang impian untuk ke Langkawi setelah tertarik melihat pelbagai pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan . Tidak lupa juga dari kisah kembara rakan-rakan blogger yang pernah ke Langkawi . Sambil-sambil itu saya juga sempat buat persediaan membaca pelbagai tips untuk menaiki kapal terbang terutama tentang aspek keselamatan , bagasi dan lain-lain hal yang berkaitan , mengembara seorang diri , bajet yang diperlukan dan lokasi-lokasi yang bakal di terjah..hehehe maklumlah ” Excited ” punya pasal la katakan …. . Alhamdulillah saya berjumpa salah satu agen yang peramah dan baik hati iaitu langkawitravelandtour . Jadi segala urusan saya untuk berjalan di langkawi berjalan dengan lancar kelmarin .

langkawi maps

Sumber peta dari orangesmile.com

Untuk memudahkan para pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain , saya ceritakan kembali semasa saya bertolak ke Pulau Langkawi dari Johor kelmarin iaitu pada Jumaat bersamaan 11 Mei 2018 dengan menaiki pesawat Air Asia di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai beserta beberapa tips yang ringkas .

… Teruskan Membaca… …

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 42
  • Page 43
  • Page 44
  • Page 45
  • Page 46
  • Interim pages omitted …
  • Page 77
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Pengomen Tegar

  • Be the first to comment.
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO