• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Tazkirah

Penawar Penat Oleh Rasullullah

January 14, 2022 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Penawar di kala kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti .

Image by Pexels from Pixabay (Gambar sekadar hiasan )

Saidina Ali berkata :


‘Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.’
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:


‘Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.’

… Teruskan Membaca… …

Amalan-Amalan Yang Melapangkan Rezeki

August 20, 2021 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Ny a. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan , Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat . Di antaranya :

1. Menyempatkan Diri Beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi :


“ Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak Istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Gambar dari Google
… Teruskan Membaca… …

3 Panggilan Seumur Hidup

August 13, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum..

Bertemu kembali di dalam Tazkirah pada hari Jumaat yang mulia ini . Ok kali ini nak berkongsi tentang 3 Panggilan Seumur Hidup . Jom baca sampai habis…

1. Panggilan pertama adalah panggilan AZAN

Itu adalah panggilan Allah yang pertama….panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar…ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah…tapi Allah masih fleksibel , Dia tak “ cepat marah” akan sikap kita…kadang kita terlambat , bahkan tidak solat sama sekali kerana malas…Allah tidak marah seketika…Dia masih memberikan rahmatNya , masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya , baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak…Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti .

Gambar lama kredit kepada Google
… Teruskan Membaca… …

Pesan Roh Kepada Manusia

August 6, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Apabila roh keluar dari jasad , ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut ”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “ Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas . Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ” .

Gambar kredit dari Google

Apabila dimandikan , roh sekali lagi merayu : ” Demi Allah , wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh ” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “ Demi Allah , wahai jemaahku , aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu . Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka . Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya” . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir .

… Teruskan Membaca… …
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Interim pages omitted …
  • Page 6
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,512)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,221)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,543)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,443)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (871)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (640)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (627)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (568)
  • Demi Sesuap Nasi (522)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO