VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita . Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda kelihatan cantik dan awet muda . Umum mengetahui bahawa Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran , kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C .
Fungsi kulit teramat penting bagi tubuh badan . Ini adalah kerana kulit berfungsi untukmengatur suhu dan keseimbangan cairan di dalam tubuh badan serta merasa keadaan seperti sentuhan , suhu panas dan sejuk . Kulit juga melindungi dari kecederaan , jangkitan dan sinar radiasi seperti sinar Ultraviolet ( UV ) .
Antara Kebaikan Pengambilan Vitamin C :
1) Menghasilkan kulit yang Cerah dan berseri
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.
2) Penghasilan Kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.
3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, anda disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.
4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal . Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman.
… Teruskan Membaca… …