Assalamualaikum…
Selamat Datang
Kepada pembaca dan rakan-rakan blogger yang pertama kali singgah ke blog ini , Saya ucapkan Selamat Datang ke WanZawawi[dot]Net (Dimiliki sepenuhnya oleh WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) dan Jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog terbaru saya yang tidak seberapa ini . Sedikit penerangan tentang blog , Blog ini saya akan berkongsi pelbagai kisah menarik di dalam kehidupan , tips-tip di dalam kerjaya dan lain-lain lagi .
Tentang Penulis
Pertama sekali izinkan saya perkenalkan diri,nama saya Wan Zawawi atau lebih mesra dipanggil Wazy . Sejak meminati blog , sudah bermacam-macam blog saya buat dan kali ini yang terbaru selepas domain dan hosting di blog lama tamat tempoh dan tak dapat diperbaharui lagi.
Latar Belakang Penulis
Berasal dari Simpang Renggam , Johor dan bekerja di Kilang swasta . Anak sulung dari 2 beradik . Seorang yang poendiam tetapi tengok juga la pada keadaan , boleh di kira sebagai individu yang ” Happy Go Lucky ” .
Latar Belakang Pendidikan
Sedikit maklumat tentang latar belakang pendidikan saya :-
Tadika
- Tadika KEMAS Kampung Melayu Bukit Batu , kulai , Johor
Sekolah Rendah
- Sekolah kebangsaan Air Manis di Kulai , Johor
(Ujian Penilaian Sekolah Rendah )
Sekolah Menengah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit , Batu 26 , Kulai , Johor
( Penilaian Menengah Rendah )
( Sijil Pelajaran Malaysia )
Pusat Bertauliah
- R & S It Computer Centre , Layang- Layang , Kluang , Johor .
( Sijil pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 )
Hobi
Hobi pada masa lapang minat bermain badminton , bowling dan futsal . Selain itu minat juga dengan kereta dan menjadi ahli Kelab Berkereta Roda Selatan ( Southern Wheel Motorsports ) bagi cawangan Iskandar Puteri .
Hobi Terhadap Blog
Mula berjinak-jinak dengan blog sekitar tahun 2007 , saya telah cuba pelbagai jenis platform sama ada dengan wordpress percuma ( wordpress.com ) , blogspot , tumblr , webly dan macam -macam lagi . Bila serius , saya telah memilih domain dan melanggan hosting untuk memantapkan lagi hobi terhadap blog .
Kepakaran Saya
- Membaiki dan membaikpulih sistem komputer dan laptop
- Menulis pelbagai bentuk Review dan Advertorial
- Berpengalaman di dalam selok-belok pembangunan , pembinaan dan juga penjagaan WordPress
- Mahir menulis Tutorial berkaitan WordPress dan Komputer ( Informasi Teknologi )
- Berpengalaman mengendalikan domain dan hosting
- Berpengalaman di dalam ” Search Engine Optimization “
- Berpengalaman di dalam Affiliates
- Minat Berbisnes dan Berniaga
*** Saya akan update dari semasa ke semasa di page ini ok
hai wazy salam sesama penulis, salam kenal ya, saya banyak belajar dari artikel blog anda, khususnya yg kategori dunia blogging, terima kasih udah share tulisannya ya…salam kenal ^_^
ooo orang simpang renggam..akak orang gelang patah.. hehehe
– Hernee Nazir –
Hernee Nazir recently posted…Info dan Khasiat Buah Kundang
owh kadang-kadang ada juga ke Gelang Patah tu