Assalamualaikum…
Alhamdulillah… hari ini dah masuk hari kelapan ( Hari pertama berpuasa pada Ahad mimggu lepas iaitu pada 2 Mac 2025 bersamaan 1 Ramadan 1446 Hijrah ) semua umat Islam di Malaysia mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia . Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini .

Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) pada hari Jumaat 28 Februari 2025 yang lepas .
