
Wordless Wednesday #67

Blogging Is My Passion
By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Wordless Wednesday
By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum…
Salam Maal Hijrah 2021 Masihi 1443 Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .
Jadi..pada hari ini , 10 Ogos 2021 ( Selasa) bersamaan 1 Muharram 1443 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Untuk pengetahuan semua tema Maal Hijrah pada tahun 2021 ini ialah “ Manhaj Rabbani , Ummah Berkualiti “ .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi
Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar harini, pasti ramai yang terkesan . Contohnya diberhentikan kerja, kena cuti tanpa gaji dan sebagainya . Tapi apa yang perlu kita buat ? Kita kena upgrade skill-set masing-masing untuk pastikan kita juga mampu untuk survive pada perubahan dunia sekarang ni.
Korang nampak tak, harini semua bisnes nak cuba onlinekan perniagaan mereka. Betul? So ini peluang untuk mereka yang nampak “opportunity” dalam masalah. Harini saya nak kongsikan dekat korang 5 SKILLSET yang HIGH DEMAND yang korang boleh belajar secara online dan boleh jana pendapatan ribuan ringgit!
Bagi anak-anak muda saya sangat suggest untuk korang belajar skillset ni . Tidak kira korang background apa sekalipun , tambahan ilmu dibawah boleh buat korang jual skills ni sehingga ribuan ringgit! Ini adalah skill yang high demand walaupun selepas pasca-Covid19 ni.
Beritahu juga kepada kawan-kawan korang yang tengah struggle nak cari duit tu . Ini saya kongsi cara mudah . Cuma korang kena spendkan masa sehari/dua untuk belajar ilmu ni je dan boleh terus jana duit.
Ok di sini saya kongsikan :
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah
Assalamualaikum…
Apabila roh keluar dari jasad , ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “ Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut ”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “ Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas . Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh ” .
Apabila dimandikan , roh sekali lagi merayu : ” Demi Allah , wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh ” . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “ Demi Allah , wahai jemaahku , aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu . Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka . Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya” . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir .
… Teruskan Membaca… …