• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Wan Zawawi

Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil

July 25, 2021 By Wan Zawawi 12 Comments Filed Under: Review

Sebagai lelaki yang aktif bekerja dan melakukan aktiviti di luar sedikit sebanyak mempengaruhi kulit muka saya apabila mula berjerawat dan berminyak . Kadang-kadang rasa tidak selesa sebab jerawat tumbuh merata di bahagian muka dan mula berminyak .

Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree oil

Fakta Mengenai Jerawat

Jerawat ( Acne) adalah gangguan pada kulit yang berhubungan dengan penghasilan lebihan minyak (sebum) . Jerawat terjadi ketika folikel rambut atau tempat tumbuhnya rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati . Lalu ia akan menyebabkan peradangan serta penyumbatan pada pori-pori kulit . Peradangan ini dimulai dengan munculnya benjolan kecil yang terkadang berisi nanah di atas kulit . Gangguan kulit ini dapat terjadi di bagian tubuh dengan kelenjar minyak terbanyak, yaitu di wajah, leher, bahagian atas dada, dan punggung.

Jerawat selalunya muncul dengan beberapa gejala  seperti benjolan berwarna kemerahan atau kuning (kerana mengandungi nanah) , Benjolan kecil yang muncul di atas kulit , kulit muka meradang atau terdedah kepada kepanasan dan juga rasa gatal di benjolan permukaan kulit .

… Teruskan Membaca… …

Berhemah Dalam Menegur

July 23, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

”Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan

”Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.”

Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Gambar Dari Google

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

… Teruskan Membaca… …

Salam Aidil Adha 1442 Hijrah 2021 Masihi

July 20, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada hari ini Selasa 20 Julai 2021 bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban  . Nampak gaya sambutan kedua berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakkan dan juga Lock Down . Walaupun sambutan kali ini terasa suram je sebab duduk berasingan dengan isteri kerana tidak boleh merentas negeri , berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup sederhana bersama keluarga tersayang . Sempat juga la mengunakan sidang video melalui Whatsapp dan Zoom untuk melepaskan kerinduan dengan isteri tersayang . Jadi gunakan teknologi yang ada untuk mendekatkkan diri kepada pasangan masing-masing . Untung kepada suami dan isteri yang duduk sama-sama kan…Semoga Covid-19 lenyap dari bumi ini..Aaminn…

Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan cuaca yang amat baik . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di kampung bersebelahan dengan taman ini . Tahun ini , saya dan keluarga tidak dapat pulang ke kampung halaman berikutan tidak boleh merentas daerah . Sehari sebelumnya dapat juga ke pasar membeli barang-barang serta lauk untuk dijadikan juadah pada waktu pagi sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha . Antara menu yang ada adalah yang wajib seperti rendang, lodeh , sambal kacang dan tidak dilupakan juga ketupat .

Pada kesempatan ini saya sertakan dari artikel yang lepas-lepas berkaitan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban untuk bacaan bersama .

Background vector created by starline – www.freepik.com
… Teruskan Membaca… …

Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki

July 16, 2021 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum

SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.

Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyakit yang bahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

“Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati.” (Riwayat al-Baihaqi).

Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yangtafsirnya:

“Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu.” (Riwayat Abu Daud).

Adapun orang yang membenci orang-orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan terhalangnya nikmat itu kepada mereka , di waktu pagi atau petang adalah orang itu telah disesatkan oleh pelbagai macam kegelapan sehingga dia tidak mengetahui hakikat hidup sebenarnya kerana hatinya telah dipenuhi dan dirasuk oleh perasaan hasad .

Gambar kredit kepada Pinterest
… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 11
  • Page 12
  • Page 13
  • Page 14
  • Page 15
  • Interim pages omitted …
  • Page 76
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO