• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Wan Zawawi

Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian

July 30, 2021 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Dalam al-Quran, ada dijelaskan beberapa bentuk ujian yang mesti dilalui oleh setiap individu Muslim, sama ada ia berbentuk ujian kebuluran, ketakutan, ujian dengan sedikit sumber pemakanan, harta benda, ujian dalam kehidupan adalah untuk Allah ketahui siapakah di kalangan hamba-hamba-Nya yang paling bertakwa kepada-Nya.

Kesemua itu adalah bertujuan supaya orang Islam semakin matang dalam menempuh perjuangan hidup. Allah SWT tidak memberi mereka meraba-raba dengan ujian yang didatangkan kepada mereka, akan tetapi Dia mengajar mereka untuk berlindung dan bermohon kepada-Nya melalui program ibadat solat dan sabar dalam menghadapi ujian.

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud:

“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”

Gambar dari Google

Kedua-dua ayat tersebut di atas, memberi penjelasan bahawa Allah SWT telah meletakkan syarat terpenting dalam menghadapi ujian-Nya ialah dengan berbanyak sabar dan melakukan solat, sama ada yang wajib atau sunat, kerana dengannya kita boleh bermohon kepada-Nya untuk menyelamatkan kita daripada sebarang bentuk marabahaya yang boleh menimpa kita pada bila-bila masa.

… Teruskan Membaca… …

Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama

July 29, 2021 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Sejak pandemik yang melanda di Malaysia dan seluruh dunia sejak setahun lepas , memang ramai pengguna di Malaysia khusunya mendaftar di MySejahtera untuk kegunaan ” Check In ” ke premis perniagaan , kilang dan juga bangunan agensi kerajaan . Tidak lupa juga untuk temujanji dos Vaksin untuk menghalang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan pada hari ini . Saya juga tidak ketinggalan mendaftar untuk menerima vaksin . Walaupun agak lama menunggu tetapi amat berpuas hati dengan perlaksanaannya . maklumlah daftar pada bulkan Februari , tetapi tetap sabar menunggu dan terus menunggu hingga akhirnya dapat juga tarikh temujanji .

Ambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan

Sebelum itu jom ambil masa sedikit membaca dari petikan Harian Metro tentang vaksin Covi19 untuk rujukan bersama :-

Ipoh : Hukum mengenai keharusan mengambil imunisasi vaksin Covid-19 dianggap mencapai taraf ijmak atau kesepakatan ulama mujtahid sedunia selain pembangunannya turut dianggap sebagai perkara fardu kifayah.

Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom (UK) Datuk Dr Afifi al-Akiti berkata demikian sebagai mengulas saranan pihak tertentu khususnya golongan anti vaksin yang dilihat kerap melontarkan persepsi buruk mengenai pengambilan imunisasi terbabit selain turut menyandarkan dakwaan mereka kepada tokoh tertentu.

“Ulama dari serata dunia Islam termasuk ulama Al-Azhar, Jeddah (Arab Saudi) boleh dikatakan sudah sepakat, ijmak mengenai keharusan hukum mengambil vaksin. Boleh dikatakan hukum mengambil vaksin ini fardu kifayah seperti mana solat jenazah.

“Gesaan supaya masyarakat tidak mengambil vaksin, umpama menyekat orang lain daripada mendirikan solat. Jika tidak mahu ambil vaksin, jangan pula gesa orang lain mengelak mengambilnya,” katanya dalam Bicara Khas Ramadan bertajuk ‘Dugaan Covid-19 dan Vaksinasi Menurut Islam’ menerusi sidang video dalam Program Iftar Mahabbah Ramadan UniKL RCMP 1442H/2021 yang disiarkan secara langsung di Facebook Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) di sini, hari ini.

… Teruskan Membaca… …

Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil

July 25, 2021 By Wan Zawawi 12 Comments Filed Under: Review

Sebagai lelaki yang aktif bekerja dan melakukan aktiviti di luar sedikit sebanyak mempengaruhi kulit muka saya apabila mula berjerawat dan berminyak . Kadang-kadang rasa tidak selesa sebab jerawat tumbuh merata di bahagian muka dan mula berminyak .

Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree oil

Fakta Mengenai Jerawat

Jerawat ( Acne) adalah gangguan pada kulit yang berhubungan dengan penghasilan lebihan minyak (sebum) . Jerawat terjadi ketika folikel rambut atau tempat tumbuhnya rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati . Lalu ia akan menyebabkan peradangan serta penyumbatan pada pori-pori kulit . Peradangan ini dimulai dengan munculnya benjolan kecil yang terkadang berisi nanah di atas kulit . Gangguan kulit ini dapat terjadi di bagian tubuh dengan kelenjar minyak terbanyak, yaitu di wajah, leher, bahagian atas dada, dan punggung.

Jerawat selalunya muncul dengan beberapa gejala  seperti benjolan berwarna kemerahan atau kuning (kerana mengandungi nanah) , Benjolan kecil yang muncul di atas kulit , kulit muka meradang atau terdedah kepada kepanasan dan juga rasa gatal di benjolan permukaan kulit .

… Teruskan Membaca… …

Berhemah Dalam Menegur

July 23, 2021 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

”Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan

”Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.”

Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Gambar Dari Google

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 12
  • Page 13
  • Page 14
  • Page 15
  • Page 16
  • Interim pages omitted …
  • Page 77
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO