Assalamualaikum…
Alhamdulillah pada hari ini Selasa 20 Julai 2021 bersamaan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Nampak gaya sambutan kedua berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakkan dan juga Lock Down . Walaupun sambutan kali ini terasa suram je sebab duduk berasingan dengan isteri kerana tidak boleh merentas negeri , berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup sederhana bersama keluarga tersayang . Sempat juga la mengunakan sidang video melalui Whatsapp dan Zoom untuk melepaskan kerinduan dengan isteri tersayang . Jadi gunakan teknologi yang ada untuk mendekatkkan diri kepada pasangan masing-masing . Untung kepada suami dan isteri yang duduk sama-sama kan…Semoga Covid-19 lenyap dari bumi ini..Aaminn…
Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan cuaca yang amat baik . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di kampung bersebelahan dengan taman ini . Tahun ini , saya dan keluarga tidak dapat pulang ke kampung halaman berikutan tidak boleh merentas daerah . Sehari sebelumnya dapat juga ke pasar membeli barang-barang serta lauk untuk dijadikan juadah pada waktu pagi sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha . Antara menu yang ada adalah yang wajib seperti rendang, lodeh , sambal kacang dan tidak dilupakan juga ketupat .
Pada kesempatan ini saya sertakan dari artikel yang lepas-lepas berkaitan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban untuk bacaan bersama .
… Teruskan Membaca… …



