
Wordless Wednesday #65

Blogging Is My Passion

By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Wordless Wednesday

By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Coretan Harian
Sepanjang hidup aku ini yang pertama
Menanti laukdaun entah bila akhirnya
Resah di hati tidak dapat bersua dengan isteri
Berbelah bagi untuk merentas negeri
Kalau ku mintak kebenaran rentas di sini, apa kata di sana?
Kalau ku mintak kebenaran rentas di sana,di sini entah lulus ke tidak?
Perlukah aku pening kepala
Untuk berjumpa isteri tercinta
Sungguh ku merasa resah
Untuk merentas negeri sahaja
Namun ku terpaksa akur
Perintah Kawalan Pergerakan

By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Informasi
Assalamualaikum…
Mungkin Ramai Yang Stres Saat Ini.. termasuk saya .. Lebih-lebih lagi sekarang kita semua berada di dalam pandemik Covi-19 . Ramai yang hilang pekerjaan , kedai terpaksa tutup , dibebani hutang dan bermacam lagi seribu satu masalah . Untuk itu , saya sediakan artikel yang dapat dari facebook untuk perkongsian bersama .Jadi.. Mari kita sama-sama ..baca Cara Mengawal Stres .
Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal , emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat . Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak , remaja , dewasa dan warga emas boleh mengalami stres .

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti . Walau bagaimanapun , stres yang berlebihan , untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit .
By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday
