Sambutan Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri kebiasaanya mesti ramai yang sudah mula mencari pakaian yang akan digayakan untuk ke masjid dan surau untuk menunaikan sembanhyang terawih serta juga menziarahi saudara-mara dan sahabat handai di hari lebaran . Walaupun kita semua berada di dalam suasana Norma Baharu , amalan kunjung mengunjung tidak mungkin dilupakan . Jadi ada yang membuat persiapan awal dengan menempah baju melayu dan baju kurung , ada juga yang beli di bazar Ramadan dan juga butik-butik di kompleks membeli -belah terkemuka . Sejak beberapa tahun yang lepas memang hangat dengan fenomena fesyen Kurta , memandangkan ramai juga rakan-rakan sekerja yang membeli dan menggayakan pada hari lebaran yang akan datang ini .
Untuk pengetahuan semua , Kurta ( dari bahasa Bengali Persia atau Urdu manakala Hindi diucapkan sebagai kurta atau kurti untuk versi yang lebih pendek) adalah pakaian tradisional yang dipakai terutama di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka . Kurta adalah pakaian yang longgar di bahagian bawahnya sehingga ke paras lutut . Kurta dipakai oleh lelaki dan juga wanita. Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama ), salwar, churidar, atau dhotis dan peralihan fasa moden , kurta juga sering dipakai bersama seluar ” slack ” dan ” jeans ” agar tampak lebih menarik dan bergaya .
Kelmarin , selepas jauh memandu dari Melaka untuk berjumpa isteri tercinta ( maklumlah kami berdua ni Perhubungan Jarak Jauh atau PJJ sempat singgah di Plaza Angsana, Johor Baharu . Biasa la seorang di Johor manakala seorang lagi iaitu cik puan isteri di Melaka . Jadi perancangan awal untuk persiapan Ramadan dan Syawal pada tahun ini untuk mencari kurta yang boleh digunakan ketika sembahyang terawih dan juga sembahyang sunat Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi .
Apabila sudah sampai di di Plaza Angsana, Johor Baharu tu , saya pun jalan-jalan juga untuk menikmati pemandangan sekitar kompleks membeli-belah tersebut dan terpandang satu butik dengan nama yang sangat unik iaitu KACAX . tanpa melengahkan masa lagi terus Scan dan Check In menggunakan aplikasi MySejahtera untuk masuk ke butik berkenaan .

Suasana di Butik KACAX pada masa tu mungkin agak lenggang sedikit kerana setibanya di sana baru sahaja selesai solat Isyak . Jadi tanpa membuang masa saya pun membelek satu persatu kurta yang terdapat di KACAX .
… Teruskan Membaca… …


