
Wordless Wednesday #61

Blogging Is My Passion

By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Wordless Wednesday

By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Dunia Kereta
Assalamualaikum…
Agak lama juga tak berkongsi tentang Dunia Kereta ni , maklumlah sejak dua menjak dan tiga menjak ni teramat sibuk sedikit . Ok pada hari ini ada sejikit masa untuk berkongsi tentang Sistem Brek Kereta .
Unuk pengetahuan semua , Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan sesebuah mesinatau kenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi menghalangnya daripada mula bergerak lagi . Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepada haba oleh daya geseran. Alternatifnya , dalam pembrekan janaan, sejumlah tenaga dipulihkan dan disimpan di dalam roda tenaga, kapasitor ataupun ditukar kepada arus ulang-alik oleh pengulangalik, seterusnya ditukarkan kepada arus terus sebelum disimpan di dalam bateri bagi kegunaan akan datang .
Sila ambil perhatian bahawa tenaga kinetik bertambah berkadaran dengan nilai kuasa dua halaju (hubungan E = 1/2·m·v2) . Ini bermakna jika kelajuan kenderaan bertambah , ia mempunyai empat kali ganda jumlah tenaga . Oleh itu brek mestilah menghilangkan empat kali ganda tenaga bagi menghentikan kenderaan dan hasilnya jarak membrek akan jadi empat kali lebih lama .
Brek dipasang pada kebanyakan kenderaan beroda termasuklah kereta, lori, kereta api, motosikal dan basikal.
Sesetengah kapal terbang dipasang dengan brek roda di bahagian bawah. Beberapa kapal terbang turut menampilkan brek udara yang direka bagi memperlahankannya semasa penerbangan . Nyahpecutan dan mengelak pecutan semasa menuruni bukit boleh juga dicapai dengan menggunakan gear rendah .
Brek geseran pada kereta menyimpan haba pada bahagian berputar ( brek gelendong atau brek cakera ) semasa brek dikenakan dan melepaskannya ke udara secara beransur-ansur .

By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Wordless Wednesday

By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Tazkirah
Assalamualaikum…
Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka
RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua .
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya , apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu .” a33; (Surah Al-Isra’ ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud :
Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: “Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam.” a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat .
