1
Life is better than this
We lift up the bar
We lead this quest
We`ll become the best
In doing that
We conquer the rest
2
Walau apa cabaran
Kita langkah bersama
Takkan berputus asa
Semangat membara
3
Kita bersama-sama
Mengorak langkah
Cuckoo Beyond The Best!
Kita bersama-sama
Mengubah era
We will change the world
Beyond Standard
4
We`ll become the best
In doing that
We conquer the rest
5
Walau apa cabaran
Kita langkah bersama
Takkan berputus asa
Semangat membara
6
Kita bersama-sama
Mengorak langkah
Cuckoo Beyond The Best!
Kita bersama-sama
Mengubah era
We will change the world
Beyond Standards
… Teruskan Membaca... …
Wordless Wednesday #34

Selamat Tahun Baru 2019
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…..Syukur masih dipanjangkan umur bertemu di Tahun baru 2019 . Selamat Datang 2019 dan Selamat Tinggal juga di ucapkan kepada tahun 2018 yang mencipta kenangan pahit dan manis yang akan sentiasa menjadi ingatan di dalam diri setiap insan bernama manusia .
In Shaa Allah… dengan kedatangan tahun baru 2019 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Amin .

Sumber Gambar dari : http://newyearimages-2019.blogspot.com/2018/09/happy-new-year-2019-images.html
Azam Pada Tahun 2019
Setiap kedatangan Tahun Baru , seperti biasa masing-masing akan mula sematkan azam di dalam diri untuk menjadikan ianya kenyataan . Sama seprti insan-insan yang lain , saya juga mempunyai azam tetapi bukanlah azam terbaru…hehehe nampak gaya terpaksa juga ” Forward ” azam dari tahun lepas 🙂 . Tak salah bukan ? hehehe biasal la bila sesuatu yang kita impikan tu masih belum lagi tercapai , jadi saya gunakan je azam dari tahun lepas tu .
Sakit Penghapus Dosa Kecil
Assalamualaikum…
Setiap manusia pasti akan merasai sakit. Ini adalah kerana , sakit adalah ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya tidak kira bangsa , jantina , usia , pangkat dan kekayaan . Sakit juga adalah musibah yang menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya . Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi setiap cubaan.
Sama juga seperti saya , Demam sejak dua hari lepas..hmm..mungkin bebanan kerja terlebih berat …tu yang terus demam . Mahu atau tidak , terpaka lah mengambil cuti untuk berehat . Selain demam kena pula batuk-batuk dan sakit tekak , selsema serta pening kepala..kiranya satu pakej yang lengkap . Terpaksa lupakan tumpuan terhadap kerja dan berehat sahaja di rumah sehingga sembuh . Dapat juga la ke klinik pada Jumaat yang terakhir di dalam tahun 2018 ini .

Boleh tahan juga la bila dapat ubat untuk demam , cairkan kahak , ubat batuk dan antibiotik . Semoga diriku cepat sembuh…Amin…… Teruskan Membaca… …
