Assalamualaikum…
Mengapa terdapat sebahagian orangyang berjaya dalam kehidupan peribadi,keluarga dan dalam kareer tetapi ada yang tidak ? Terdapat juga orang yang berjuang untuk hidup dan hidup susah walaupun telah berusaha; mereka tidak mendapat hasil yang sama dengan orang yang berjaya. Namun, semua orang mempunyaikuasa untuk menyedari potensi diri dan menukarkan kesediaan dan kemampuan ke dalam tindakan danmencapai hasil yang baik, hasil adalah berbeza. Apa yang membezakan kelainan ini adalah sikap seseorang; cara seseorang itu berfikir dan merasai. Encyclopedia Britannica mendefinisikansikap sebagai “ Sebuah posisi mental yang berkaitan dengan fakta atau kenyataan; perasaan atau emosi terhadap sebuah fakta atau kenyataan.”
Sumber gambar dari http://davidschristiancentre.org
Mengikut kajian Hogg & Vaughan (2005, p150), ” Sikap adalah berkaitan dengankeyakinan, perasaan, dan kecenderungan perilaku sosial benda-benda yang bermakna, kelompok,peristiwa atau simbol. ” Dalam erti perkataan lain, sikap adalah cara bagaimana kita merasai dan berfikir tentang orang, benda danperistiwa, dalam tahap setuju atau tidak bersetuju, dan adalah pengawal perilaku terhadap aspek-aspek ini. Walaupun sikap adalah pengawal perilaku kita, ia bukanlah segala yang kita perlukanuntuk mempertahankan kejayaan,
penghormatan, kareer dan kehidupan peribadi. Ramai yang percaya sikap adalah segalanya; sebenarnya tidak. Sikap positif tidak akan menjadi pengganti keyakinan diri, imej diri, kemampuan,pengalaman atau kemahiran kita. Walau seberapa sikap positif kita, ia tidak akan mengubah fakta, situasi dan peristiwa yang ada di sekeliling kita. Sikap bukanlah segalanya tetapi ia adalah pembuat utama perbezaan. Iaadalah satunya yang membuat kelainan dalam keputusan dan hasil dalam apayang kita lakukan . Sikap positif akan menolong kita melakukan tugasan lebih baik dari sikap negatif dan membawahasil yang lebih baik. Sikap negatif
membatalkan semua kemahiran yangdipunyai oleh seseorang. Seseorang mungkin akan memberikomen bahawa tidak kira sikap positif atau negatif, kita tidak bolehmengubahnya; ianya dalam gen dan kita dilahirkan dengan sikap yang begitu. Sebenarnya kita tidak dilahirkan dengan sikap yang sedia ada.



