
6 Fakta Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar
Assalamualaikum…
Dengan wujudnya portal di internet , kapal layar mendapat lebih banyak pendedahan kepada prospek yang sedang mencarinya . Mungkin sudah ramai yang mengenali apa itu Kapal Layar , bagi yang belum mengenalinya , saya terangkan serba sedikit di sini . Kapal Layar ialah sejenis kapal laut yang menggunakan kuasa dorongan angin untuk menggerakkan kapal. Ini dicapai dengan membentangkan layar pada kapal . Pada masa ini , anda bukan sekadar melihat , malah kapal layar boleh ditempah serta-merta . Walau bagaimana pun, keputusan yang silap bakal memberi kesan buruk kepada wang dan emosi anda.

Oleh itu anda perlukan nasihat dari ejen atau broker kapal . Berikut adalah 6 fakta mengapa anda perlukan ejen kapal layar untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat sebelum membuat sebarang pembelian kapal layar.
6 Fakta Mengapa Anda Perlukan Ejen Kapal Layar
1. Ejen Kapal Layar Lebih Komited Untuk Bantu Anda
Bayangkan anda menerima panggilan telefon dari seseorang , menjawab soalan dan menetapkan temu janji . Ia adalah tugas yang memerlukan komitmen penuh kerana prospek akan beredar sekiranya ejen tidak memberi kerjasama yang pantas . Jika anda berhubung dengan ejen kapal layar yang komited, anda akan dapat jimatkan banyak masa dan berdepan dengan banyak masalah .
2. Bukan Mudah Untuk Berunding
Setiap individu berharap dapat menjalankan urusan jual beli dengan proses yang mudah . Ada sesetengah individu tidak berminat untuk mendapatkan nasihat ejen kerana mereka lebih gemar berurusan terus dengan penjual kapal layar yang dianggap lebih telus.
Wordless Wednesday #21

Selamat Tinggal Mac , Selamat Datang April 2018
Assalamualaikum…
Alhamdulillah ..akhirnya berkesempatan juga untuk kemaskini blog ini walaupun sebelum ini memang teramat sibuk dengan kerja dan urusan peribadi . Oh ye…pejam celik , celik pejam sudah pun masuk bulan April dalam tahun 2018 ini . Memang tak terasa pun dan masa semakin berlalu dengan pantas je kan π . Bulan Mac lepas memang teramat sibuk mengalahkan orang kenamaan , hahaha…. maklumlah ada kerja hakiki dan kerja separuh masa atau ” Part Time ” . Memang penuh je la ” Planner ” ke sana dan ke sini je .

Sumber gambar dari Google
Sebelum tu ingin berkongsi sedikti sebanyak la apa yang berlaku sepanjang kesibukkan kebelakangan ini . Jadi teruskan membaca sehingga habis dan beri juga komen di ruang komen ok π
Kerja Hakiki Dan Kerja ” Part Time “
Sepanjang bulan lepas memang tidak dinafikan krja terlalu banyak , dan terpaksa pandai bahagikan masa antara kerja hakiki dan juga kerja ” Part Time ” yang sedia ada . Penat itu tidak payah cakap la , namun gagahkan juga diri ini untuk terus melangkah dengan bersemangat demi mencari sesuap nasi . Dan salah satu sebab blog ini tidak ber ” Update ” dari komitmen kerja ini jga la…hehehehe . Rasanya ramai juga raklan-rakan blogger yang menghadapi situasi yang sama seperti saya ini kan π . In Shaa Allah jika ada masa terluang , saya akan cuba gunakan dengan sebaik-baiknya untuk kemaskini pelbagai maklumat dan informasi yang menarik di dalam blog kesayangan yang tak seberapa ini nanti .
… Teruskan Membaca… …
