Assalamualaikum…
ANAK ANUGERAH DAN UJIAN
Mengesan Kelainan dan Rawatan Anak
Pada hari ini , saya ingin memperkenalkan satu Buku yang bertajuk ANAK ANUGERAH DAN UJIAN hasil tulisan Emycakes Lovette . Buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada pasangan yang akan berkahwin dan juga sudah berkahwin serta mempunyai anak . Anak merupakan anugerah yang terindah bagi setiap pasangan yang telah berkahwin kerana ia menjadi pelengkap di dalam institusi keluarga .

Apa yang kita ketahui , Anak itu adalah pemberian Allah S.W.T kepada kita yang merupai satu Anugerah dan juga Amanah. Sedang Allah telah menentukan siapa diantara kita yg menjadi ibu dan bapa kepada bayi itu.. Ia menjadi satu anugerah kerana ia satu amanah yang kita pegang kepada Allah terhadap Hambanya yang diberikan kepada kita. Anak kita itu bukanlah hak milik kita yg abadi dan kita juga tidak berhak atas dirinya untuk diperhambakan malah sebaliknya, hendaklah diberikan kasih sayang, ilmu serta memimpinnya kpd kejayaan dan perlindungan ancaman bahaya dunia dan seisinya. Ini kerana Ibu Bapa adalah Wali Keramat yang teragung kepada seorang anak.



Sumber gambar dari