
Bila Nak Kahwin???
Bila Nak Kahwin ???
Bila nak kahwin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kahwin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kahwin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik gua nye kawan)

hahahahahahah kalau jawab macam ni boleh tak ?
Gambar dari Google je
Sinopsis J Revolusi
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…berkesempatan juga untuk menonton Filem J Revolusi sambil-sambil membeli barangan keperluan untuk servis laptop di Kluang Mall semalam . Sebenarnya memang teringin sangat-sangat nak tengok filem aksi J Revolusi ni , tetapi masa terllau cemburu , tapi nasib baik semalam ade peluang untuk menontonnya . Untuk pengetahuan semua , J Revolusi adalah hasil karya dari Infinitus Productions dan Grand Brilliance , filem yang diarahkan oleh Zukarnain Azhar ini dibintangi oleh Zul Ariffin ( Jay Zulkarnain ) , Izara Aishah ( Eddie ) , Nur Fazura ( Dian ) dan Farid Kamil ( Andra ) . Turut membintangi filem J Revolusi ini adalah Azad Jazmin ( Skodeng ) dan ledil Putra ( Jiman ) . Ia mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 2 mac 2017 .
Mengumpat Yang Diharuskan
Assalamualaikum…
Alhamdulillah..bertemu kembali kita di hari Jumaat yang mulia ini dan khas untuk pembaca dan pelawat setia blog ini,saya sertakan tazkirah yang bertajuk Mengumpat Yang Diharuskan . Sama-sama kita baca dan hayatinya untuk kebaikan semua.
Kita selalu takut untuk mendedahkan keJAHATAN orang lain itu kerana takut dimusuhi, kerana takut dibenci oleh sesetengah golongan. Dan kita memberi alasan konon TAK MAHU MEMBUKA KEJAHATAN DAN AIB SAUDARA SENDIRI. Tapi tahukah kita jika KEJAHATAN ITU MELIBATKAN RAMAI ORANG LAGI YANG BAKAL DIZALIMI. Maka itu KEJAHATAN YANG WAJIB dibuka?

Sumber gambar dari Google
Berkata Imam Nawawi rahmatullah’alaih.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
1- Pengaduan Penganiayaan.
Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.
