Assalamualaikum
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part atau alat ganti .
1. Alat ganti tulen daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK . Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah . Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.
2. Alat ganti tulen tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.
3. Alat ganti tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.
4. Alat ganti recon iaitu yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat .




