
Wordless Wednesday #52

Blogging Is My Passion

By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Wordless Wednesday

By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Semalam , Isnin 3 Ogos 2020 genaplah umur saya 36 tahun ….Bila lihat pada angkat 36 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti . Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga maklumlah ikut bajet dan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) .

Jadi saya olah balik artikel yang sama seperti tajuk di atas semasa sambutan hari jadi ke 34 ..hahaha amcam ok ke ? layankan je la …Ini baru dikira ” Latest Update ” atau perkembangan terkini . Maklumlah blog pun dah macam tak dapat view sangat , mungkin disebabkan sibuk dengan kerja hakiki sepanjang 2 – 3 bulan lepas . Mana-mana blog rakan-rakan blogger yang saya sempat terjah dan komen tu kiranya ada masa terluang .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum…
Alhamdulillah pada hari ini Jumaat 31 Julai 2020 bersamaan 10 Zulhijjah 1441 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Saya berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup menarik bersama-sama keluarga tersayang . Perbezaan pada tahun ini masih sama seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri kelmarin iaitu dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi usaha memutuskan rantaian Covid-19 .

Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan hujan gerimis yang agak lebat dan berasa sejuk yang teramat sangat . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di kampung bersebelahan dengan taman ini . Tahun ini , saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid . Sememangnya lebih seronok dan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berpeluang menyambut raya korban bersama keluarga tersayang di kampung halaman . Walaupun penat dan letih serta mengantuk selepas balik bekerja shift malam dan berperang di dapur membantu mak dan abah menyiapkan hidangan wajib hari raya seperti ketupat , lodeh , sambal kacang dan rendang , muka tetap kena ada senyum dan gembira 🙂 .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday
