Assalamualaikum…
Membeli kapal layar yang pertama bukanlah suatu perkara yang mudah. Salah langkah boleh merana buat selama-lamanya. Tanpa pengalaman dan pengetahuan yang betul boleh merugikan anda. Dalam minda anda perlu ada pelan tindakan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pemilik atau ejen kapal layar yang berpengalaman. Ini ada 8 tips untuk beli kapal layar yang pertama untuk anda jadikan panduan.
8 Tips Untuk Beli Kapal Layar Yang Pertama
1. Usah Takut Beli Kapal Layar.
Beli kapal layar tidak sama seperti anda membeli rumah atau kereta. Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti kewangan, kos selenggara, kos krew dan banyak lagi. Sebelum anda buat keputusan untuk membeli kapal layar, carilah ejen kapal layar untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
2. Cari Pereka Yang Memahami Citarasa Anda.
Carilah pereka yang boleh membantu menghidupkan suasana dalam kapal layar anda. Setiap kapal yang baru ditempah mungkin perlukan sentuhan dalaman kerana ia boleh membantu anda untuk melayari lautan dengan lebih tenang dan selesa.




