
Selamat Tinggal Mac , Selamat Datang April 2018
Assalamualaikum…
Alhamdulillah ..akhirnya berkesempatan juga untuk kemaskini blog ini walaupun sebelum ini memang teramat sibuk dengan kerja dan urusan peribadi . Oh ye…pejam celik , celik pejam sudah pun masuk bulan April dalam tahun 2018 ini . Memang tak terasa pun dan masa semakin berlalu dengan pantas je kan π . Bulan Mac lepas memang teramat sibuk mengalahkan orang kenamaan , hahaha…. maklumlah ada kerja hakiki dan kerja separuh masa atau ” Part Time ” . Memang penuh je la ” Planner ” ke sana dan ke sini je .

Sumber gambar dari Google
Sebelum tu ingin berkongsi sedikti sebanyak la apa yang berlaku sepanjang kesibukkan kebelakangan ini . Jadi teruskan membaca sehingga habis dan beri juga komen di ruang komen ok π
Kerja Hakiki Dan Kerja ” Part Time “
Sepanjang bulan lepas memang tidak dinafikan krja terlalu banyak , dan terpaksa pandai bahagikan masa antara kerja hakiki dan juga kerja ” Part Time ” yang sedia ada . Penat itu tidak payah cakap la , namun gagahkan juga diri ini untuk terus melangkah dengan bersemangat demi mencari sesuap nasi . Dan salah satu sebab blog ini tidak ber ” Update ” dari komitmen kerja ini jga la…hehehehe . Rasanya ramai juga raklan-rakan blogger yang menghadapi situasi yang sama seperti saya ini kan π . In Shaa Allah jika ada masa terluang , saya akan cuba gunakan dengan sebaik-baiknya untuk kemaskini pelbagai maklumat dan informasi yang menarik di dalam blog kesayangan yang tak seberapa ini nanti .
… Teruskan Membaca… …
Jepuniaga Kedai Online Khusus Untuk Peminat Kamera DSLR Dan Produk Apple
Assalamualaikum…
Jika anda salah seorang daripada beribu peminat Kamera DSLR dan Produk Apple ( seperti Macbook dan imac ) baru dan juga terpakai dari luar negara , pencarian anda bakal berakhir di Jepuniaga . Ini adalah kerana , rata-rata ramai peminat dan pengumpul kamera DSLR dan produk Apple tidak kira baru atau terpakai selesa dengan pembelian secara bersua muka dengan hadir sendiri di lokasi peniaga tersebut . Mengapa saya mengatakan sedemikian ? Umum telah ramai tahu , Kamera DSLR dan juga produk Apple mempunyai keistimewaan tersendiri yang hanya boleh dilihat oleh peminat dan pengumpulnya sahaja selain untuk mengelakkan ditipu dalam urusan jual beli barangan tersebut .
Sumber gambar kredit kepada Jepuniaga
Latar Belakang Jepuniaga
Sumber gambar kredit kepada Jepuniaga
Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor
Assalamualaikum…
Sabtu kelmarin bersamaan 10 Mac 2018 berkesempatan turut serta di Konvoi Santai dan ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri Di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor . Sebenarnya memang terlalu lama tak ikut program konvoi , jadi kebetulan ada masa terluang dapat la besantai sambil menghabiskan cuti hujung minggu dengan berfaedah sambil ” Release Tension “ setelah penat berhempas pulas bekerja . Semasa bertolak dari Simpang Renggam keadaan cuaca amat baik untuk menuju di ” Meet Point ” iaitu di Shell Pekan Nenas . Walaupun tersesat ( maklumlah jarang ke sana dan hanya berpandukan Waze sehingga ” Lost Connection “ ) akhirnya sampai juga di Shell Pekan Nenas lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi . Konvoi sebanyak 12 buah kereta bergerak ke destinasi dalam pukul 10.00 pagi dalam keadaan cuaca hujan gerimis . Tepat dalam pukul 10.30 pagi akhirnya sampai di Lata Sri Pulai , Pekan Nenas , Johor .

Sumber gambar dari TempatMenarik
Bayaran untuk masuk adalah sebanyak RM 10.00 bagi dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak , manakala untuk menyewa kanopi adalah sebanyak RM 25.00 . Pada pendapat saya , harga ini adalah amat berbaloi dan boleh menikmati taman tema air mini di dalam suasana kampung . kebetulan hujung minggu , tempat agak sesak sedikit tetapi dapat juga untuk mandi -manda bersama-sama rakan yang turut serta di dalam konvoi santai serta ” Family Day ” Southern Wheel Iskandar Puteri .
