
Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang
Assalamualaikum…
Fuhh..macam dah berzaman je kan tak kemaskini atau ” Update “ blog kesayangan ini ( walaupuan dua hari dah rasa macam dua bulan ) semenjak sibuk dengan urusan kerja dan keluarga serta dengan kedatangan Bulan Ramadhan baru-baru ini . Sambil-sambil tu dapat la sesekali curi masa dengan berhemah menjengah blog ini untuk mencari idea dan mood menulis yang semakin menghilang . Demi pembaca dan rakan-rakan blogger yang selalu berkunjung ke blog ini , In Shaa Allah , saya akan terus menulis dan berkongsi apa yang sesuai jika ada kelapangan masa .
Sumber gambar dari quantifiedself.com
Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang
Kadang-kadang tu otak ini macam “ Blank ” apabila ingin mencari idea . Rasanya semua blogger pernah dan akan mengalami situasi seperti ini tidak kira bloger baru ataupun yang lama . Jadi memang benar Idea Dan Blogger berkait rapat dan memerlukan sokongan sesama sendiri . Dipendekkan cerita ibarat ” Aur Dengan Tebing “ .
Dalam entri merapu dan meraban ini , saya sertakan sekali beberapa tips yang boleh mengembalikan mood menulis khas untuk semua rakan-rakan blogger .
Selamat Menyambut Ramadan 2017 1438 Hijrah
Assalamualaikum…
Semalam Jumaat 26 Mei 2017 adalah saat-saat yang dinantikan apabila teruja ingin menonton pengumuman berpuasa bagi tahun 2017 143 Hijrah , Selepas balik kerja dan selesai menunaikan solat Maghrib serta isyak berpeluang menonton Pengumuman Berpuasa di Televisyen . Untuk itu , Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin bersamaan 27 Mei 2017 dan pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) . Alhamdulillah syukur…. masih diberikan kesempatan untuk bertemu bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan yang dinanti-nantikan oleh semua .
Pengumumam Puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM )
Selamat Hari Guru 2017
Selamat Hari Guru 2017
Selamat Hari Guru
Kepada semua guru-guru
Jasa dan pengorbananmu yang tiada bandingannya
Demi mendidik anak-anak bangsa
Tanpa mengenal erti lelah dan penat
Kerana guru ibarat ibu dan ayah di sekolah
Untuk guru-guruku yang kusanjungi
Bekas anak muridmu ini tidak sesekali melupakanmu
Masih lagi terngiang-ngiang suaramu mengajar di kelas
Alangkah indah jika dikenang kembali
Ingin ku hadiahkan kepadamu wahai guruku
Sedikit sebanyak penghargaan untukmu

Sumber gambar dari Google
… Teruskan Membaca… …
