Assalamualaikum…
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Alhamdulilah…Hari ini bersamaan 31 Ogos 2020 genap 63 tahun negara Malaysia kita tercinta ini menyambut kemerdekaan . Pemandangan yang menarik pada masa kini dan tidak asing lagi kepada kita sebagai rakyat Malaysia apabila pejabat-pejabat dan bangunan kerajaan dan tidak lupa juga swasta serta jalan-jalan utama di bandar dan kampung mengibarkan Jalur Gemilang . Tidak lupa juga pada kenderaan milik persendirian dan kerajaan turut mengibarkan sekali jalur Gemilang . Ia merupakan satu pemandangan dan panorama yang idah dan menaikkan semangat patriotik dan jati diri serta cintakan negara Malaysia .
Tema Hari Merdeka 2020

Pada tahun 2020 , tema bagi Hari Merdeka pada tahun ini ialah :-
” MALAYSIA PRIHATIN “
Pemilihan adalah selari dengan keadaan semasa negara yang memerangi Pandemik Covid-19.
MALAYSIA : Menggambarkan seluruh rakyat Malaysia turut sama memerangi Covid-19
PRIHATIN : Inisiatif Kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
… Teruskan Membaca… …


