• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Wan Zawawi

Salam Aidil Adha 1441 Hijrah 2020 Masihi

July 31, 2020 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada hari ini Jumaat 31 Julai 2020 bersamaan 10 Zulhijjah 1441 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Saya berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup menarik bersama-sama keluarga tersayang . Perbezaan pada tahun ini masih sama seperti sambutan Hari Raya Aidil Fitri kelmarin iaitu dengan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi usaha memutuskan rantaian Covid-19 .

Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan hujan gerimis yang agak lebat dan berasa sejuk yang teramat sangat . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di kampung bersebelahan dengan taman ini . Tahun ini , saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman selepas menunaikan sembahyang Jumaat di masjid . Sememangnya lebih seronok dan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berpeluang menyambut raya korban bersama keluarga tersayang di kampung halaman . Walaupun penat dan letih serta mengantuk selepas balik bekerja shift malam dan berperang di dapur membantu mak dan abah menyiapkan hidangan wajib hari raya seperti ketupat , lodeh , sambal kacang dan rendang , muka tetap kena ada senyum dan gembira 🙂 .

… Teruskan Membaca… …

Wordless Wednesday #51

July 29, 2020 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday

Cara Berkesan Menurunkan Berat Badan

July 27, 2020 By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Masalah berat badan bagi semua orang tidak mengira jantina memang merumitkan dan mungkin ianya tidak dijangka terjadi . Salah satunya adalah seperti gemuk , obesiti dan lemak yang berlebihan di dalam badan . Ini adalah berpunca daripada gaya hidup individu itu sendiri terutama di dalam aspek pemakanan , kesihatan dan senaman . Pelbagai aspek perlu diambil kira untuk mendapatkan Cara Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan  .

Di dalam artikel ini , saya akan ceritakan serba sedikti tentang cara yang efektif di dalam menurunkan berat badan .

Sumber gambar dari Google

Melakukan Kerja Rumah

Dengan melakukan kerja-kerja rumah , secara tidak langsung kalori akan dibakar sama juga seperti melakukan senaman . Di bawah ni senarai kalori yang dibakar bila kita buat kerja rumah berikut :-

… Teruskan Membaca… …

Hidup Sihat Tanpa Stress ( Bahagian 4 ) Akhir

July 11, 2020 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Stress adalah masalah besar dalam yang dialami oleh semua orang. Keluarga , kerja , masyarakat , kewangan , masa , kesihatan dan sebagainya adalah tidak dapat dielakkan dalam rutin kehidupan kita . Boleh dikatakan adalah mustahil untuk mengelakkan daripada mengalami keadaan atau hidup yang penuh dengan stress.

Dalam artikel saya yang lepas , saya telah mencadangkan lapan cara mengurangkan stress .

Cara yang kesembilan adalah dengan mempunyai kepercayaan , berdoa dan bersembahyang tanpa mengira agama anda.


Semua penganut percaya apabila berdoa dan bersembahyang serta berhubung dengan Tuhan , kebimbangan yang ada akan lenyap dan mendapat ketenangan kembali . Bila anda berasa tenang , tahap stres akan menurun dan anda berasa lega .

Sumber gambar dari Google

Mahatma Gandhi berkata , “ Berdoa bukanlah meminta . Ia adalah satu kehendak jiwa . Ia adalah pengakuan kelemahan harian seseorang . ”

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 24
  • Page 25
  • Page 26
  • Page 27
  • Page 28
  • Interim pages omitted …
  • Page 77
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO