Bahasa adalah sistematik, bersangkut-paut and susunan yang bermakna oleh pelbagai simbol serta peraturan yang digunakan oleh manusia bagi membolehkan mereka berkomunikasi. Bahasa adalah peralatan penting yang diperlukan oleh manusia untuk mencapai keperluan yang diingini bagi membiasakan diri dan pengalaman lampau serta semasa orang lain, apabila hidup bermasyarakat.
Memandangkan pentingnya dwibahasa atau menguasai tiga bahasa dalam masyarakat kita, kita akan menyedari peranan yang dimainkan dalam pembangunan ideal modal manusia. Oleh kerana itu, adalah penting untuk mempelajari bahasa lain dan menggunakannya secara berkesan.
Mempelajari dan bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah keperluan pertama dalam literasi hari ini. Bahsa Inggeris adalah satu-satunya bahasa global, ia telah disebarkan ke seluruh negara, dan hampir semua negara menggunakannya, yang tidak menggunakannya, adalah terlepas daripada tamadun.




