Bahasa adalah sistematik, bersangkut-paut and susunan yang bermakna oleh pelbagai simbol serta peraturan yang digunakan oleh manusia bagi membolehkan mereka berkomunikasi. Bahasa adalah peralatan penting yang diperlukan oleh manusia untuk mencapai keperluan yang diingini bagi membiasakan diri dan pengalaman lampau serta semasa orang lain, apabila hidup bermasyarakat.
Memandangkan pentingnya dwibahasa atau menguasai tiga bahasa dalam masyarakat kita, kita akan menyedari peranan yang dimainkan dalam pembangunan ideal modal manusia. Oleh kerana itu, adalah penting untuk mempelajari bahasa lain dan menggunakannya secara berkesan.
Mempelajari dan bertutur dalam Bahasa Inggeris adalah keperluan pertama dalam literasi hari ini. Bahsa Inggeris adalah satu-satunya bahasa global, ia telah disebarkan ke seluruh negara, dan hampir semua negara menggunakannya, yang tidak menggunakannya, adalah terlepas daripada tamadun.
Bahasa adalah yang digunakan untuk menhubungkan budaya, sosial dan politik negara. Bahasa adalah yang digunakan dalam pelbagai buku dan rujukan sains serta bidang lain, kerana majority saintis dan pendidik di seluruh dunia adalah penutur Bahasa Inggeris.
Tambahan pula, ia juga adalah bahasa yang diterima oleh komputer dan internet; oleh itu adalah penting untuk masyarakat kita untuk mempelajari dan bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar, bagi membolehkan mengatasi dan berjalan seiring dengan pembangunan pesat saintifik, teknologi dan sosial. Pelajar yang tidak mempelajari Bahasa Inggeris secara serius dalam lalam persekolahan akan menghadapi pelbagai rintangan dalam institusi pendidikan yang lebih tinggi
Akibatnya, pelajar akan terpaksa sama ada untuk mempelajari semula Bahasa Inggeris atau bertukar subjeknya atau berhenti belajar di kolej / universiti.
Pelajar tempatan yang tidak mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pengajian yang lebih tinggi akan mendapati diri mereka lemah dan tidak dapat mengatasi pelajar lain yang fasih dalam Bahasa Inggeris. Mereka akan memerlukan lebih banyak masa dan usaha namun masih tidak dapat menangani tahap pelajar yang literasi bahasa.
Pelajar yang dapat bertutur Bahasa Inggeris mempunyai peluang yang lebih cerah dalam melanjutkan pengajian yang lebih tinggi di luar negara yang mereka pilih. Dengan menggunakan nahasa global ini, adalah lebih menyenangkan bagi mereka berkomunikasi dengan yang lain.
Berkenaan dengan kehidupan pekerjaan pula, literasi Bahasa Inggeris menjadi lebih penting berbanding dahulu. Banyak organisasi tempatan masa kini memerlukan literasi Bahasa Inggeris sebagai syarat utama dalam mendapatkan pekerjaan, kerana bahasa Inggeris digunakan secara formal dalam pergaulan, dokumen dan penulisan.
Mereka akan datang kembali lagi. Bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan kita; oleh itu adalah mustahak mempelajari dan menguasai alat komunikasi ini bagi memajukan dan menambahkan nilai kepada industri pelancongan kita.
Tambahan pula, literasi Bahasa Inggeris adalah kunci yang membolehkan individu untuk memperolehi peningkatan pengetahuan, data dan maklumat dalam proses pembelajaran sepanjang hayat. Ianya adalah kunci untuk membukakan pintu kepada karya yang agung oleh golongan terpelajar masa kini dan lampau.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak rintangan yang mengurangkan motivasi untuk belajar Bahasa Inggeris. Rintangan-rintangan ini adalah dalam pelbagai bentuk dan mereka berbeza mengikut situasi, contohnya seperti pengurusan, teknikal dan kewangan dan lain-lain.
Bagi mengatasi rintangan-rintangan ini, pelajar perlu dimotivasikan untuk belajar dengan menangani benteng ketakutkan dan perasaan malu. Mereka perlu menyediakan pembelajaran terlebih dahulu, mencari idea baru, bekerjasama dan berlatih dengan guru mereka, rakan-rakan serta keluarga kerana mengajar sendirian tidak mencukupi untuk menguasai bahasa ini.
Guru perlu bersabar, mengingatkan dan menerangkan kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris kepada pelajar, menggunakan teknik pengajaran yang moden, kaedah dan peralatan bagi mewujudkan kesukaan terhadap Bahasa Inggeris, mempastikan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, memberi galakkan, dorongan dan menyokong peningkatan kemahiran interpersonal pelajar, serta menghubungkaitkan dengan pengalaman kehidupan pelajar.
Bahasa Inggeris bukan hanya sekadar subjek yang mengandungi tata bahasa dan kosa kata. Ianya lebih komprehensif, ianya adalah alat komunikasi secara global, yang diperolehi melalui dorongan, pembelajaran and latihan. Ianya adalah kemahiran intelektual yang memerlukan masa, usaha dan kesabaran.
Akhir kata, marilah kita mempelajari bahasa yang penting ini, kuasainya, amalkannya, saling berganding bahu, bukan hanya kerana bagi mencapai visi menjadi negara yang membangun pesat dan rakyat yang berintelektual, tetapi juga untuk menarik yang lain supaya ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita yang harmoni dan penuh kemesraan.
Sumber Artikel : https://www.aliqassem.com/pelajar_Bahasa_Inggeris.html
Cik puan ena says
Betol tu. Even ena pon tak berapa cekap tapi tetap masih belajar install apps lagi.hehe.. sebab kalau dapat keje kena buat slide or present memang kena english. Bab present tu memang kena latih banyak kali takut tsasul. Kerjaya pon penting kena kuasai bahasa memudahkan naik pangkat. Kalau tak memang ditakuk lama.
Cik puan ena recently posted…Muar Cultural Walk | Tarikan baru Street Art
Sis Lin says
Sis sedang usaha menulis dan bercakap bahasa ingris ni.
Haritu ada kawan rekemen pakej on9 hehehe..