Assalamualaikum…
Alhamdulillah pada hari ini Rabu 22 Ogos 2018 bersamaan 10 Zulhijjah 1439 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji . Saya berasa syukur sangat-sangat kerana masih lagi diberi peluang dan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan suasana yang cukup menarik bersama-sama keluarga tersayang .

Tahun ini , saya dan keluarga bertolak pulang ke kampung halaman selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha di masjid . Cuaca pada hari ini pula agak mendung serta gerimis sekejap . Sememangnya lebih seronok dan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika berpeluang menyambut raya korban bersama keluarga tersayang di kampung halaman . Walaupun penat dan letih serta mengantuk selepas berperang di dapur membantu mak dan abah menyiapkan hidangan wajib hari raya seperti ketupat , lodeh , sambal kacang dan rendang , muka tetap kena ada senyum dan gembira 🙂 .



