• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / JANGAN KETINGGALAN UNTUK REBUT PROMOSI DI MATTA FAIR DAN TRAVELOKA SALE-ABRATION

JANGAN KETINGGALAN UNTUK REBUT PROMOSI DI MATTA FAIR DAN TRAVELOKA SALE-ABRATION

September 7, 2018 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Minggu lepas sudah cuti merdeka , minggu depan cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong , Awal Muharram dan minggu lagi satu cuti Hari Malaysia . Fuhh….memang untung la dapat bercuti dan lebihkan masa berehat atau ada yang mahu ambil kesempatan untuk bercuti . Ada yang menunggu Matta Fair ? Bagi yang belum tahu Matta fair itu apa ….saya terangkan sedikit untuk pemahaman para pembaca . Matta Fair atau Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia yang diusahakan oleh phak kerajaan untuk mempromosikan pelancongan dalam negara dan ianya secara tidak langsung menjadi platform kepada pengusaha industri tempatan memasarkan perkhidmatan masing-masing. Ia sudah tentunya mampu menarik minat bagi mereka yang suka bercuti Bersama keluarga dan sahabat handai . Sudah tentu Matta Fair ini akan menjadi acara yang besar di Malaysia dan ditunggu-tunggu setiap orang sebab memang terkenal dengan promosi-promosi percutian yang menarik serta terbaik .

Selain daripada Matta Fair , Traveloka pun ada buat sale iaitu TRAVELOKA SALE-ABRATION . Apa itu Traveloka ? Haaa… di sini juga saya terangkan serba sedikit tentang Traveloka ini ye ? . Traveloka adalah salah satu laman web dalam bentuk “ E-Commerce “ yang menyediakan perkhidmatan untuk urusan pembelian tiket kapal terbang atau untuk mencari hotel secara dalam talian atau “ Online “ . Jadi kepada mereka yang malas nak bersesak-sesak di Matta fair, boleh ambil promosi- promosi secara online di rumah . Jadi , kalau tak grab promosi Traveloka Sale atau Matta Fair sementara masa masih ada ni , memang rugi.

Salah satu “ Point “ untuk bercuti sama ada di dalam dan luar negara , adalah melibatkan persediaan wang dan juga membuat tempahan penerbangan untuk memastikan Tarikh dan waktu penerbangan yang anda pilih masih ada di dalam jadual penerbangan selain dari mambuat tempahan hotel atau “ Homestay “ . Mengikut pengalaman saya semasa bercuti di Langkawi pada Bulan Mei lepas , mmang agak kalut jika tiada persiapan yang lebih awal .

Sebenarnya jika ada perancangan dari awal , kita boleh melancong atau berjalan jalan setiap tahun dengan bajet yang tidak terlalu tinggi. Setiap tahun, pasti ada promosi yang akan diberikan oleh syarikat syarikat penerbangan, hotel dan agen pelancongan . Anda perlu sentiasa bijak mencari dan peka dengan promosi promosi yang ada di pasaran. Contohnya penerbangan pergi balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur harga tiada promosi biasanya mencecah RM 300 hingga RM 500. Tapi sewaktu promosi, boleh dapat RM150 . Banyak kan beza bila pilih harga tiket sewaktu promosi. Duit lebih boleh ” Spend ” untuk makan , membeli -belah atau ” Shopping ” dan hotel.

Pada masa kini , segalanya teramat mudah kerana kesemuanya boleh dilakukan di hujung jari sama ada dengan menggunakan telefon pintar “ Smart Phone “ dan juga komputer atau laptop di rumah asalkan anda mempunyai data dan juga talian internet . Selain menjimatkan masa dan wang poket , anda juga dapat menggelakkan kesesakkan lalu lintas untuk mendapatkan tempahan tiket di lapangan terbang atau ejen-ejen pelancongan . Bukan itu saja, hendak buat perbandingan harga pun senang . Boleh pilih pilih sampai kita puas hati dan semestinya berbaloi dan mengikut bajet yang ada .

Apa Itu TRAVELOKA SALE-ABRATION ?

TRAVELOKA SALE-ABRATION adalah peluang yang di tunggu oleh mereka yang suka melancong tidak kira di dalam atau luar negera kerana ia :-

• Diskaun tiket penerbangan , domestik dan antarabangsa

• Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. ” No Booking Fee ! ” Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi !

• Tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat

• Tarikh promosi dari 4 – 10 September.

• Boleh tempah untuk bila-bila masa penerbangan dan kemana sahaja dalam dan luar negara

Untuk maklumat yang lebih lanjut lagi , Boleh lihat tawaran promosi Traveloka Sale-abration di https://www.traveloka.com/en-my/flight

(Visited 17 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Alisia says

    September 14, 2018 at 3:52 PM

    Dapat rebut satu pakej percutian yang murah untuk melancong ke Korea buat 6 hari. Harap semua syarat-syarat akan dipenuhi tanpa menipu. Doa…

    Reply
  2. sunah sakura says

    September 8, 2018 at 6:51 PM

    kalo ikutkan hati, memang nak membooking aje ni..tapi sedor diri, bajet travel tahun ni takdeee

    Reply
    • Wan Zawawi says

      September 11, 2018 at 11:24 PM

      Sama la
      Kena pula harga-harga boleh buat rambang mata tu

      Reply
  3. kisahsidairy says

    September 7, 2018 at 4:36 PM

    wah..kena cepat² pi booking ni sementara ada promosi

    Reply
    • Wan Zawawi says

      September 11, 2018 at 11:25 PM

      tahu tak apa
      kalau lambat takut terlepas je promosi ni

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Sinopsis Hantu Kak Limah
Next Post: Salam Maal Hijrah 2018 1440H

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,213)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,538)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO