Segak dan Bergaya Di Hari Raya Dengan Kurta #KACAX
Assalamualaikum…
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri ini , mesti ramai yang sudah mula mencari pakaian yang akan digayakan untuk ke masjid dan juga menziarahi saudara-mara dan sahabat handai bukan… Ada yang awal-awal lagi sudah menempah baju melayu dan baju kurung , ada juga yang beli di bazar Ramadan dan juga butik-butik di kompleks membeli -belah terkemuka . Sejak tahun lepas memang hangat dengan fesyen Kurta , memandangkan ramai juga rakan-rakan sekerja yang membeli dan menggayakan pada hari lebaran . Saya pun mula la ” Follow ” serba sedikit tentang Kurta ini . Sepanjang pencarian maklumat ( di media sosial seperti Google , Facebook , Instagram dan juga laman web serta blog ) mengenai Kurta , saya dapat juga tahu kelebihan yang ada pada pakaian ini khusunya untuk jejaka-jejaka kacak di luar sana .

Jadi , apa kata saya ceritakan serba sedikit mengenai sejarah tentang Kurta ini . Mana tahu selepas membaca informasi ini ramai yang akan beralih minat dengan Kurta tidak kira untuk sambutan Hari raya Aidil Fitri dan pada majlis- majlis keramaian sahabat handai serta sanak saudara . Untuk pengetahuan semua , Kurta ( dari bahasa Bengali Persia atau Urdu manakala Hindi diucapkan sebagai kurta atau kurti untuk versi yang lebih pendek) adalah pakaian tradisional yang dipakai terutama di Afghanistan, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka . Kurta adalah pakaian yang longgar di bahagian bawahnya sehingga ke paras lutut . Kurta dipakai oleh lelaki dan juga wanita. Kurta biasanya dipakai bersama dengan paijama (kurta-paijama ), salwar, churidar, atau dhotis dan peralihan fasa moden , kurta juga sering dipakai bersama seluar ” slack ” dan ” jeans ” agar tampak lebih menarik dan bergaya .
… Teruskan Membaca… …
Menginap Di Teratak Warisan Lxia Langkawi
Assalamualaikum…
Kesinambungan artikel Teruja Pertama Kali Naik Kapal Terbang , pada hari ini nak cerita pula tentang hotel atau resort yang saya menginap ketika bercuti di Langkawi kelmarin . Terima kasih kepada langkawitravelandtour dan msdinalangkawi yang beri peluang kepada saya untuk menginap di Teratak Warisan Lxia Langkawi .
Sumber gambar dari Teratak Warisan Langkawi
Ok berbalik tentang percutian di Langkawi kelmarin , dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johor , saya naik pesawt Air Asia lebih kurang pada pukul 1.15 petang ( Jumaat 11 Mei 2018 ) . Waktu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pukul 3.30 petang . Sampai je di lokasi tersebut ( Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ) terus dapatkan kereta sewa yang saya tempah awal sebelum bercuti . Cuaca kelmarin amat baik walaupun agak panas sedikit .
Selamat Menyambut Ramadan 2018 1439 Hijrah
Assalamualaikum…
Alhamdulillah..Kita sudah pun mula masuk ke Bulan Ramadan yang mulia dan pada hari ini sudah 2 hari kita berada di dalam bulan Ramadan yang mulia ini . Bersyukur sangat apabila diberi peuang untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini . Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis bersamaan 17 Mei 2018 ( Semalam ) dan pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) .
Pengumumam Puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM )
Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Ramadan 1439 Hijrah
Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Ramadan 1439 Hijrah kepada semua rakan-rakan terutama rakan-rakan blogger dan pembaca setia blog ini . Maafkan saya jika ada terkasar bahasa dan halalkan segala makan dan minum saya . Semoga dengan kedatangan bulan dan hari yang baik ini akan membawa seribu erti buat kita semua disamping menjalankan ibadah puasa serta amalan-amalan yang baik dan kemudian memperolehi pahala yang berganda..In Shaa Allah…Amin…
