• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

June 15, 2018 By Wan Zawawi 6 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah….Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia , kini tiba masanya untuk kita menyambut dan meraikan kemenangan di bulan Syawal setelah berpuasa menahan nafsu serta lapar dan dahaga di siang hari . Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari ini iaitu Jumaat 15 Jun 2018 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1439 Hijrah pada hari ini . Hari Jumaat ini juga amat berkat kerana dapat menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri dan sembahyang Jumaat pada hari yang sama . Saya berasa teramat bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan istiqamah walaupun terbabit dengan kerja yang amat berat , namun itu bukannya alasan untuk kita mengelak untuk tidak berpuasa bukan ? 🙂

pengumuman hari raya aidil fitri 2018
Pengumumam Hari Raya Aidil Fitri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM )

Salam AidilFitri 1439 Hijrah 2018

Suasana seminggu sebelum Hari Raya amat meriah dengan lagu-lagu raya berkumandang tak kira di pusat membeli-belah atau di stesen-stesen radio tempatan kegemaran . hanya yang mengerti sahaja tahu menilai dan menikmati lagu-lagu raya tersebut …maklumlah mungkin ramai yang mempunyai kenangan manis semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan atau bersama keluarga tersayang . Persiapan menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini agak sederhana , namun ianya tetap meriah macam zaman kanak-kanak dahulu .

Hari raya 2018

Saya juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas untuk ke masjid menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri . Setelah selesai sembahyang sunat Aidil Fitri , saya akan menikmati juadah paling wajib semasa raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga dan berehat sebentar untuk menunggu waktu Sembahyang Jumaat pula . Kemudian… yang paling menyeronokkan lagi adalah menziarahi rumah saudara mara yang jarang berjumpa sama ada dekat ataupun jauh .

Dan macam biasa , seperti tahun-tahun yang lepas , saya terima banyak ucapan yang menarik sama ada di dalam Facebook , Whatsapp dan juga Instagram , jadi saya sertakan la beberapa ucapan hari raya di sini 🙂

Minyak enjin tak selamanye jernih..
Begitu juga takdirku..
Ekzos tak memanjang cun bunyinye..
begitu juga ucapanku..
Air filter tak selalunye putih..
begitu juga hatiku…
Gearbox tak selalunye lancar…
begitu juga hidupku..
Rim tak selalunye lurus..
begitu juga langkahku..
Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini..
Tak payah tunggu raya tiba?
Sedangkan nafas pun kita tak tau bila akan berhenti…
Jadi saya nak minta maaf atas sebarang kesalahan, kekhilafan maupun perbuatan yg sengaja dan tidak sengaja..
yang barangkali mengecikkan hati korang..
.. Sebelum ramadhan pergi
.. Sebelum aidil fitri datang
.. Sebelum ekzos patah
.. Sebelum valve bengkok
.. Sebelum piston pecah
.. Sebelum nat tayar tercabut
.. Sebelum bateri kong
.. Sebelum bonet terbakar
.. Sebelum enjin terbarai
Saya mohon maaf atas semua kesalahan…
selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan..
segala silap tu dari saya, yang baik tu datang dri Allah s.w.t..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin .

Kutanamkan benih dihatimu,
Kusiram dan kurawat agar tumbuh sampai berbunga,
Kupetik dan kurendam menjadi air bunga yang meniru wangi syurga,
Lalu ku basuh hatimu dari khilafku
dan menggantikanya dengan aroma wangi ketulusan untuk memaafkanku.
Walau kaki tak melangkah,
Tangan tak berjabat
mata tak menatap
telinga tak mendengar
tapi…. hati tetap berkata.
Salam Aidilfitri

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,
Dalam bergurau mungkin terlanjur senda,
Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota,Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung perasaan,
Jika ada kesemua itu,ku pohon 1000 kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin.

Akhir kata , Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan terutama kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog wanzawawi.net . Halalkan makan dan minum dan saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dan ampun jika ada tersilap atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja selama kita berkenalan di dalam dunia blogging ini . Kepada rakan-rakan yang memandu pulang ke kampung halaman , hati-hati memandu ye, biar lambat , asalkan selamat sampai ke kampung halaman . Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin .

(Visited 99 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
    Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
  • Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Ikhwan says

    June 28, 2018 at 12:24 AM

    Salam aidilfitri ya.
    Ikhwan recently posted…The Lost Ways 2™ | Claude DavisMy Profile

    Reply
  2. Ksjb says

    June 25, 2018 at 12:53 PM

    Walaupun dah nak masuk dua minggu di bulan Syawal tapi belum terlambat nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah.
    Ksjb recently posted…Berniaga di Hari Raya Aidilfitri 1439My Profile

    Reply
  3. maszull says

    June 21, 2018 at 10:01 PM

    assalamualaikum wazy…selamat hari raya mohon maaf jika ada salah silap mama yer…

    Reply
  4. nikkhazami says

    June 19, 2018 at 10:33 PM

    selamat hari raya! bila usia dah meningkat, rasa nak sambut raya tu dah lain berbanding masa zaman kanak2. `
    nikkhazami recently posted…McDonalds Rio Burger dan Aiskrim Durian D24 Kembali 2018My Profile

    Reply
  5. sunah sakura says

    June 19, 2018 at 8:29 PM

    selamat hari raya wazy!

    Reply
  6. Ksjb says

    June 16, 2018 at 11:20 AM

    Hari raya zaman kanak-kanaklah paling best. Tak payah fikir banyak tanggungjawab itu dan ini.
    Ksjb recently posted…Berniaga di Hari Raya Aidilfitri 1439My Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Super Honor Day Menampilkan honor 7A Edisi Phantom Green – Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia
Next Post: Wordless Wednesday #26

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,213)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,538)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO