Assalamualaikumā¦
Salam Jumaat buat semua , maaf lama tak kemaskini blog kerana sibuk menguruskan hal-hal berkitan kerja hakiki . Tazkirah Jumaat pada kali ini berkaitan dengan Ibadah dan umur yang semakin meningkat . Jadi dipersilakan baca dan komen untuk kebaikkann kita bersama …Amin..Pejam celik, pejam celik, Selang dua bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2017 dan mula melangkah ke tahun 2018 . Ini juga bererti usia kita juga makin menginjak angkanya . Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu . Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan . Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.
Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun) , muda (15-35 tahun) , dewasa (35-50 tahun) , tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas) . Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.
Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita. Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.

Gambar dari Google
Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.
… Teruskan Membaca… …



Sumber gambar dari