Secawan Kopi Itu
Secawan Kopi Itu
Rasanya enak …
Ada pahit , ada manis , ada yang payau
Tetap digemari oleh semua golongan
itulah nikmatnya secawan kopi itu…
Secawan Kopi Itu
Menghilangkan dahaga
Tatkala selesai berhempas pulas mengerah tenaga
Menjalankan tugasan atau amanah yang dilalui setiap hari
Demi mencari rezeki dan nafkah yang halal dan berkat …
Secawan Kopi Itu
Menjadi penawar tatkala hati sedang gundah
Agar hilang segala kekusutan di dalam kepala
Supaya lepas ini lebih bersemangat dan bertenaga kembali …
Secawan Kopi Itu
Hidangan minum petang yang wajib
Disertakan pula kudapan yang enak sekali
Menjadi ikutan untuk minum petang dan malam…
Secawan Kopi Itu
Menjadi peneman tatkala kesunyian
Hanya berbekalkan doa dan harapan
Agar satu hari kembali seperti dahulu kala
Walaupun ianya agak mustahil….
Secawan Kopi Itu
lebih enak dinikmati bersama teman-teman seperjuangan
Sesekali bergurau senda
Terimbas memori sekuntum rindu
Tapi kali ni bukan nak berjiwang cintan-cintun
Hanya untuk bersuka ria sahaja…
Secawan Kopi Itu
Jangan kerana terleka menghirup kopi
Terlupa hal-hal kerja
Jangan berdolak-dalik buang masa
Cukup waktu bangkitlah kembali meneruskan tugasan
Agar tidak digelar kaki ” Mengular ”
Mulut orang siapa yang tahu ?
Secawan Kopi Itu
Dari sahabat menjadi lawan
Dari lawan menjadi sahabat
Ini semua permainan dunia
ini semua adat resam dalam permainan
Hanya yang mengahargai nilai secawan kopi
Tahu baik dan buruknya sesuatu
Ini bukan cerita khayalan
Dan bukan juga cerita dongeng 🙂
bibub says
ternyata dari secawan kopi bisa menumbuhkan byk inspirasi ya, ada juga makna filosofinya juga ternyata hehehe simpel sih puisinya tapi ada benarnya juga hehehe Secawan kopi rela dibagi-bagi demi persahabatan sejati….(secangkir bedua xixixi)
Kak Su @KakSu says
Secawan kopi
Peneman abadi
Dari pagi tadi..
Hingga ke dini hari
Hanya itu sahaja yang ku miliki
Tiada lagi kau di sisi
Melainkan hanya… Secawan kopi
Ibu Zaid says
kopi itu banyak mudarat
kafein dan gula tinggi melarat
Sekali sekala sangatlah nikmat
Mata tak mengantuk badan pun kuat
Ibu Zaid recently posted…22 Cara nak tahu hamil atau tidak! Anda ada tanda mengandung ini?
Cik puan ena says
Mmg tegar minum kopi.. rasa more relaks.. kalau demam pon msti nk minum kopi ada energy.
anuar says
Puisi yang menarik tentang secawan kopi… pasti disukai oleh peminat2 kopi di seluruh Malaysia..
anuar recently posted…Preparing your house to be rent ready
Mazni Azmi says
Assalamualaikum wrmbth
Apa khabar tuan wan
Semoga semuanya lancar hari isnin ni
Secawan kopi itu
Pekat baru sedap
Tapi kafein banyak
Gula pula lebih
Bahaya pada kesihatan
Hehe
Mazni Azmi recently posted…Buah pinggang bengkak? Ini punca & Tanda tandanya! Elak rosak