Assalamualaikum…
Dah masuk hari Rabu rupanya , Hmm… semalam ( Selasa 4 Julai 2017 ) nasib tidak menyebelahi apabila mata terasa sakit sangat . Mula-mula tu perasan juga sebelum balik kerja pada petang Isnin kelmarin mata dah mula merah sampai ramai kawan-kawan sekerja tegur mata aku ni dah merah semacam je . Mana tidaknya , kena buat kerja di Department Welding katanya . Jadi terus nekad balik awal pada pukul 4.40 petang . Mood nak kerja lebih masa atau ” Over Time ” pada hari tersebut dah kelaut . Sebaik sampai je di rumah , mandi bersihkan segala kotoran di badan kaki dan muka . Terus titiskan ” Eye Mo ” , ubat titis mata yang ada di rumah . Rasa lega la sedikit sampai tertido sehingga pukul 9.30 malam , penat sangat rasanya la kot .
Sumber gambar dari Google
Selepas bangun tu , basuh muka sekejap dan terus makan malam . Semasa berehat seketika ambik hp terus Google petua untuk hilangkan merah di mata ni , rata-ratanya ramai yang bagi pendapat kerja di bagaina Welding ni memang beri kesan dan efek kepada mata jika tidak menggunakan kelengkapan yang lengkap seperti cermin mata hitam . Ikut pengalaman , dah 2 tahun lebih tak buat kerja-kerja welding ni . Ada juga rakan-rakan yang suruh berehat awal dan tidur untuk mendapatlan kelegaan di bahagian mata tu . Jadi terus la tidur..sekali tersdar dalam pukul 12.30 tengah malam plak , rasa mata ni berat sangat nak buka , pedihnya pun rasa lain macam je ..haizzzz terpaksa telefon adik untuk tolong bawakan ke hospital , memandangkan semua klinik di kawasan sini dah tutup .
… Teruskan Membaca… …



Sumber gambar dari