Assalamualaikum…
Dah masuk hari Rabu rupanya , Hmm… semalam ( Selasa 4 Julai 2017 ) nasib tidak menyebelahi apabila mata terasa sakit sangat . Mula-mula tu perasan juga sebelum balik kerja pada petang Isnin kelmarin mata dah mula merah sampai ramai kawan-kawan sekerja tegur mata aku ni dah merah semacam je . Mana tidaknya , kena buat kerja di Department Welding katanya . Jadi terus nekad balik awal pada pukul 4.40 petang . Mood nak kerja lebih masa atau ” Over Time ” pada hari tersebut dah kelaut . Sebaik sampai je di rumah , mandi bersihkan segala kotoran di badan kaki dan muka . Terus titiskan ” Eye Mo ” , ubat titis mata yang ada di rumah . Rasa lega la sedikit sampai tertido sehingga pukul 9.30 malam , penat sangat rasanya la kot .
Sumber gambar dari Google
Selepas bangun tu , basuh muka sekejap dan terus makan malam . Semasa berehat seketika ambik hp terus Google petua untuk hilangkan merah di mata ni , rata-ratanya ramai yang bagi pendapat kerja di bagaina Welding ni memang beri kesan dan efek kepada mata jika tidak menggunakan kelengkapan yang lengkap seperti cermin mata hitam . Ikut pengalaman , dah 2 tahun lebih tak buat kerja-kerja welding ni . Ada juga rakan-rakan yang suruh berehat awal dan tidur untuk mendapatlan kelegaan di bahagian mata tu . Jadi terus la tidur..sekali tersdar dalam pukul 12.30 tengah malam plak , rasa mata ni berat sangat nak buka , pedihnya pun rasa lain macam je ..haizzzz terpaksa telefon adik untuk tolong bawakan ke hospital , memandangkan semua klinik di kawasan sini dah tutup .
Sumber gambar dari Google
Dalam 45 minit perjalanan dari Simpang Renggam , sampai je di Hospital Enche` Besar Hajjah Kalsom di Kluang , daftar di bahagian Trauma dan Kecemasan , terpaksa daftar di sini memandangkan jabatan ini je yang buka . Selesai daftar tunggu giliran sambil menahan sakit mata dan kesejukkan yang teramatlah sangat . Apbila tiba giliran , doktor periksa apa yang patut , kemudian ke bilik prosedur untuk pemeriksaan lanjut dan ” Cuci ” bahagian mata ni oleh jururawat yang cun ( selingan kejap , dah memang jururawat tu cun kan..mengantuk punya pasal lupa nak mengurat tanya nama dan mintak nombor telefon..heheehehehehe jangan marah ye ) . Selesai je prosedur tersebut , masuk ke bilik doktor sekali lagi untuk ujian penglihatan , mula-mula nampak macam kabur seidikit , tetapi tidak la teruk sangat . Syukur alhamdulillah…rasa sakit dan pedih tu semakin kurang . Doktor bertugas pada masa tu , Doktor Nurul Hidayati beri juga surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut di Klinik Oftalmologi pula . Selesai ambil ubat di farmasi terus pulang ke rumah serta terus makan ubat dan sambung tidur .
Ubat ni dapat masa buat pemeriksaan di jabatan Trauma Dan Kecemasan
Pada jam 10.00 pagi dah bersiap untuk ke Hospital Enche` Besar Hajjah Kalsom Kluang sekali lagi untuk pemeriksaan di Klinik Oftalmologi pula . Seperti biasa , sampai je terus ke Klinik Oftalmologi terus daftar dan ambil nombor giliran . Sementara menunggu nombor giliran dipanggil , memang sempat tertidur . maklumlah ngantuknya memang lain macam je ditambah lagi pedih di mata . Apabila nombor giliran dipanggil , ada sekali lagi sesi ujian penglihatan , kemudian berjumpa dengan Doktor Tan dari Klinik Oftalmologi. Ada juga pemeriksaan lanjut serta proses pembersihan menggunakan putik kapas yang kecil tu, dia punya pedih tak payah la cakap , meleleh air mata ni dibuatnya . Selesai je kena tunggu di luar sekejap kemudian dipanggil sekali lagi untuk pemeriksaan , bukan apa mata ni bahagian yang paling penting , pemeriksaan ni bertujuan untuk memastikan tiada benda-benda asing yang kecil melekat di bahagian luar dan dalam mata . Selepas selesai je , dapat deskripsi ubat dan Surat MC . Sebelum ke farmasi untuk ambil ubat , pergi ke Kafe untuk makan tengah hari dahulu memandangkan perut dah berkeroncong .
Ubat titis mata Eye Glo ni dapat selepas buat pemeriksaan di Klinik Oftalmologi
Di Farmasi pula macam biasa ambil nombor giliran , orang pun tak berapa ramai , tak sampai 30 minit nombor dipanggil dan ambil ubat . Selesai je semua , terus berangkat pulang ke rumah di Simpang Renggam . Sempat juga ” update ” di Instagram dan Facebook , ramai kawan-kawan yang mendoakan agar segera sembuh . Terima kasih ye semua di atas doanya . Semalam dan hari ni berehat je di rumah , sambil-sambil jengah blog dan Facebook . In Shaa Allah , esok dah mula bekerja seperti biasa . Jutaan terima kasih juga kepada akak-akak Jururawat dan juga Doktor yang terlibat semalam .
Syakilla says
betul betul ada kawan tu sorg welder koboi punya tak pakai faceshield pon sekali balik rumah meronta tak bole tidur mata pedihh! huhu safety first!
Mohd Rasul says
dulu pernah buat welding2 ni tapi tak tahan tgk cahaya tu. last2 tak sentuh dah sampai sekarang. mengadap pc lama2 takpe hehe
Mohd Rasul recently posted…Pameran Pengantin MEFA Edisi ke-17 Ogos Ini Di PKNS Bangi
Mazni Azmi says
Suami pun ada welding juga dulu
.
Kimpalan untuk zaman belajar
Dah lama tak buat
Belang Tarung says
ingt dulu mase trening..ade membe ambik welding 1st time main benda ni berair mata berbulan bulan huhu
Belang Tarung recently posted…Sup Utara Johan Setia Klang Sup Daging & Ayam Empuk Sedap dan Murah
Mama Hakim says
Dah lama tak pakai eye mo dan eye glo
Dulu selalu keluar iklan di tv
Sekarang dah tak de
Mama Hakim recently posted…Sumber Protein Yang Baik Untuk Kencing Manis?
Hernee Nazir says
aduhaiiii kesiannya.. get well soon wazy..
Anuar says
Bro kerja welding ke?
Saya dulu pernah juga buat kerja2 welding ni masa praktikal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak…
Pernah tu saya tak pakai glove, memang rasa lain macam mata dibuatnya…
memang ada kesan cahaya welding ni pada mata… Kena sentiasa memakai peralatan keselamatan semasa buat kerja-kerja welding ni..
Anuar recently posted…Sekitar Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Pak Ya Homestay Seri Iskandar