Assalamualaikum…
Setelah sebulan berpuasa , kini kita menyambut Syawal pula . Sebagaimana di malaysia , seluruh umat islam menyambut Syawal pada 25 Jun 2017 . Ia juga merupakan merupakan hari kemenangan kepada semua umat islam setelah hampir sebulan menahan lapar dan dahaga pada siang hari serta menambah nilai amalan-amalan untuk mendapat ganjaran pahala seperti memperbanyakkan zikir , membaca dan khatam al-quran , menunaikan sembahyang terawih berjemaah sama ada di surau ataupun masjid serta banyak lagi . Sebagaimana Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1438 Hijrah pada 25 Jun 2017 , seperti tahun-tahun yang lepas saya berasa teramat gembira dan bersyukur kerana masih berpeluang menyambut puasa di bulan Ramadhan dan juga Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta walaupun di dalam keadaan yang agak sibuk dengan kerja hakiki .
Salam AidilFitri 1438 Hijrah 2017

Di dalam artikel kali ini , saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas untuk ke masjid menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri . Setelah selesai sembahyang sunat Aidil Fitri , saya akan menikmati juadah paling wajib semasa raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga . Dan yang paling menyeronokkan lagi adalah menziarahi rumah saudara mara yang jarang berjumpa sama ada dekat ataupun jauh .

Sumber gambar dari
Sumber gambar dari
Sumber gambar dari Google