Assalamualaikum…
Semua orang tahu pada tahun 2009 ialah tahun ekonomi merudum di seluruh dunia sehinggakan Barrack Obama pun mengatakan tahun 2009 ialah ” Tahun malapetaka bagi Amerika Syarikat ” . Berita Minggu dahulu pernah menyiarkan kilang Panasonic di Melaka telah menutup operasinya dan seramai 10,000 orang telah menganggur. Intel di Penang juga telah tutup operasinya dan 6,000 orang telah kehilangan punca rezeki . Contoh di atas ialah kilang-kilang gergasi di Malaysia, manakala berpuluh dan mungkin beratus lagi kilang-kilang lain akan Shut Down pada bila-bila masa dan apakah akibatnya ? Dijangka 200,000 orang pekerja akan kehilangan punca rezeki mereka !
Sumber gambar dari PixaBay
Jika sektor industri di negara kita hampir tidak bermaya , begitu juga dengan sektor perladangan di mana harga kelapa sawit dan getah merudum dengan begitu teruk sekali . Adakah sektor-sektor lain akan selamat dari zaman ekonomi jatuh ini ? Tentu tidak , semua akan merasai kesannya . Semua peniaga akan berkurangan untung atau rugi kerana kuasa beli yang kurang dan persaingan makin bertambah apabila yang kehilangan pekerjaan tetap tadi mulai mencuba nasib dengan berniaga dan mula berjimat dalam belanja . Industri pembinaan juga akan turut perlahan apabila kurang projek . Bank juga akan turut merasa tempiasnya kerana ramai yang tidak mampu membayar pinjaman , jurujual kereta juga tidak mendapat komisyen hasil jualan kereta . Yang mungkin selamat ialah pekerja di sektor awam dan badan berkanun .
Tentulah mangsa ekonomi jatuh ni iaitu pekerja yang dibuang akan pening kepala memikirkan bagaimana nak terus ” Survive ” dengan hutang rumah , hutang kereta , belanja anak sekolah , belanja dapur dan pelbagai jenis hutang lain .
Dibuang Kerja ? Apa Yang Patut Dibuat ?
1. Redha dengan Qada dan Qadar Ilahi .
Jangan terlampau stress dengan memohonlah dengan Allah dimurahkan rezeki. Mungkin hari ini hari kita di bawah, Insyallah dengan kurniaan Allah kita masih boleh terus ” Survive ” . Apa yang penting hidup mesti diteruskan disamping bekalan untuk Akhirat.
2. Ubah cara hidup kita dari segi berbelanja .
Tukar jenama mahal ke jenama yang murah dan buatan tempatan dan sekaligus boleh “ Boikot Israel ”. Belajar berjimat cermat dalam kehidupan seharian untuk bil-bil utiliti seperti elektrik , air dan telekomunikasi . Susun belanjawan kita semula dari benda yang penting didahulukan dan benda-benda yang kurang penting seperti Astro juga mungkin tidak perlu di masa ini . Untuk perokok pula , mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menghisap rokok .
3. Gunakan wang yang ada dengan cara berhemah.
Wang pampasan yang kita terima JANGAN mengambil risiko dengan berjudi nombor ekor , melabur di skim-skim cepat kaya dan pelaburan internet.
4. Jangan menambah hutang sedia ada dengan hutang baru.
Jangan gunakan kad kredit , seeloknya gunakanlah wang tunai.
5. Jumpa dengan Pegawai Bank .
Ini adalah jika anda mahu mengecilkan bayaran ansuran kereta dan rumah anda.
6. Pergi ke bank untuk menguruskan semula pinjaman bank kita.
Paling tidak pun , anda berjumpa dengan pegawai bank untuk penstrukturan semula pinjaman yang anda buat .
7. Mengambil kursus-kursus yang disediakan untuk penganggur.
Saya tidak pasti namanya tapi saya pernah lihat di TV ada jabatan khas atau NGO yang memainkan peranan untuk membantu para penganggur dengan kemahiran tertentu.
8. Jika anda berminat untuk berniaga, belajarlah dari peringkat asas dahulu, jangan main terjah sahaja.
Boleh melawat website Malaysia Digital Econonmy Corporation ( MDEC ) untuk mendapatkan input keusahawanan . Maklumat lanjut boleh lihat di sini
9. Mungkin anda boleh mencuba perniagaan baru seperti perniagaan internet.
Ada pelbagai program yang boleh kita cari duit seperti Google Adsense, Clickbank dan sebagainya. Ini adalah salah satu cara mendapatkan pendapatan dari internet berdasarkan pengalaman mereka yang telah berjaya dalam perniagaan internet secara sepenuh masa. Kalau mereka boleh tentu orang lain boleh contohnya dengan menjadi Blogger secara separuh masa atau sepenuh masa .
Yang terbaru jika di rumah anda ada komputer atau laptop serta talian internet , bolehlah mencuba Program #YOUCANDUIT dan E-Usahawan serta E-Rezeki .
10. Balik kampung dan usahakan tanah Ibu dan bapa .
Balik ke kampung halaman dan usahakan tanah Ibu dan Bapa seperti menanam sayur, menternak lembu kambing dan pasarkan sendiri di Pasar Tani .
11. Mengambil semula semua peluang pekerjaan yang selama ini dibolot oleh warga negara lain
Umum telah ketahui , selama ini pekerjaan seperti menoreh,memotong kelapa sawit, kerja-kerja pembinaan dan sebagainya dibolot oleh warga negara lain di negara kita ini . Jadi tak salah untuk mengambil peluang semula semua peluang pekerjaan tersebut .
Sebagai kesimpulannya , terdapat banyak lagi cara untuk kita terus cari rezeki . Ingatlah rezeki , ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berputus asa dan sentiasa berfikiran dan bersikap positif supaya kita dapat hidup bahagia di dunia dan akhirat. Insya Allah…Amin
Syakilla says
Macam saya, saya buat simpanan atleast jumlah 6 bulan gaji, incase apa apa jadi, time kita nak get on our feet back tu kita still ada duit nak pakai kan hehe, just sharing
Uncle Zuan says
banyak tips survival dalam dunia ekonomi tak menentu ni. hanya nak guna atau tak je
Uncle Zuan recently posted…Tips Jimat Naik KTM Komuter Yang Anda Perlu Tahu
Asyraf Asri says
Tahun 2017 tahun mencabar kesabaran.
Semua mahal. Keluar duit RM100 , sehari untuk 1 barang je dapat. Paling banyak 3 item je itu pun kena pandai la.
Mampos.
So kena jaga betul betul lah kerja yang kita ada sekarang.
Asyraf Asri recently posted…Kucingku Sahabat Syurgaku
Mazni Azmi says
Kalau kena buang kerja, kita buat kerja baru
Seeloknya dari awal dah berjinak jinak meniaga kecil kecilan
Tak lah jadi macam hati tisu
Kena tiup sikit je terbang
Mazni Azmi recently posted…Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!
juju says
thanks for sharing this wazy
titan says
kena buang kerja.
cari kerja baru.
itu aje.
tak susah sebenarnya.
cuma kita aje yang suka memilih kerja.
titan recently posted…My Ramadhan Home
Anuar says
Dekat Malaysia ni In Shaa Allah, ada sahaja peluang pekerjaan sekiranya kita dibuang kerja….
Cuma mungkin pada masa tu kita tiada pilihan untuk memilih pekerjaan yang kita idamkan…
Anuar recently posted…Pakar Copywriting terus Mengganas!!!!
zik says
balik kampung… tanam anggur..haha.. balik kampung, dah banyak jimat.. sewa tak payah fikir.. fikir hutang piutang jerla.. .