Assalamualaikum…
Alhamdulillah..akhirnya dapat juga siapkan blog baru berikutan blog dan juga entri-entri lama yang tidak dapat diselamatkan ( domain dan hosting ” expired ” ) . Hmmm..apa nak buat kan ? Masa tu sibuk ke klinik dan hospital sebab sakit , rasanya dah ramai rakan-rakan blogger yang tahu pasal ni di blog lama sampaikan tidak dapat ” renew ” domain dan hosting blog tersebut . Masa dan wang ringgit pun saya terpaksa gunakan untuk hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan ni , maklumlah banyak komitmen terutama apabila kita menjadi tunggak utama di dalam keluarga sebagai anak sulung . Walaupun tidak dapat “recover” entri-entri lama , nak tak nak kena la “Setup” balik blog baru dan segala-galanya baru . Di dalam hati ni pun sebenarnya memang rindu sangat-sangat pada blog yang banyak jasa iaitu http://wanzawawi.com , maklumlah segala ilmu dan pelbagai review serta advertorial ada .
Gambar kredit kepada http://www.audizine.com
Azam Tahun 2017
Sebelum terlambat walaupun dah hampir masuk ke pertengahan bulan februari , saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru 2017 kepada semua . Jadi macam biasa la bila tahun baru azam pun baru bermula dengan semangat untuk kembali berblog dan menulis dengan lebih konsisten dan teratur . Semoga tahun 2017 ini akan membawa seribu makna di dalam bidang blog dan tidak lupa juga dalam kerjaya dan keluarga serta dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki…Amin…