• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Wan Zawawi

MediShield Premium Medical Facemask

January 24, 2022 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Review

Pelitup Muka atau Facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19 . Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain . Namun, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap , penjarakan fizikal ( physical distancing ) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain .

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:


i) Lapisan paling dalam yang hidrofilik iaitu bersifat menyerap air (misalnya kapas atau campuran kapas);


ii) Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan hidrofobik iaitu bersifat menghindar penyerapan air (misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya) yang boleh menghadkan pencemaran dari luar dari menembusi masuk ke hidung dan mulut pemakai


iii) Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.


Namun, terdapat pelbagai pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik yang dijual di pasaran yang mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh WHO. Walaubagaimanapun, pelitup muka tersebut boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua (2) tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan. Pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.

… Teruskan Membaca… …

Kit IVD Antigen SARS-CoV-2 Lollipop

January 23, 2022 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Review

Pada hari ini, air liur membuktikan bahawa ia adalah rembesan cecair berharga dalam membantu petugas kesihatan menyaring kes Covid-19 dan seterusnya memantau perkembangan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia . Air liur mempunyai banyak fungsi yang bermanfaat . Selain bertindak sebagai bahan pelembap dalam mulut , ia juga memelihara struktur gigi dan organ dalam mulut daripada jangkitan kuman. Selain itu, ia membantu proses merasa makanan dan proses pencernaan . Malah , ia juga faktor penting sebagai pelekatan bagi mereka yang memakai prostesis pergigian seperti gigi palsu . Umumnya, 99 peratus daripada kandungan air liur adalah terdiri daripada air . Selebihnya adalah zat terlarut yang terdiri daripada elektrolit seperti natrium , klorida , kalium , kalsium , magnesium , bikarbonat dan fosfat , selain mengandungi imunoglobulin , protein , enzim , urea serta ammonia .

Kit IVD Antigen SARS-CoV-2 Lollipop dari EAGLE BIO

Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melaporkan bahawa sampel air liur ( awal pagi ) dan kahak ( deep throat saliva ), terbukti boleh digunakan sebagai kaedah penyaringan jangkitan virus Covid-19. Ia dilaporkan setara dengan sampel yang biasa diguna pakai ketika ini iaitu cara calitan di hidung dan tekak ( nasopharyngeal dan oropharyngeal ).

sampel air liur adalah penemuan terbaharu bagi menggantikan sampel yang diambil hasil calitan pada hidung dan tekak . Kaedah ini terbukti memberi keputusan ketepatan ( specificity ) sebanyak 100 peratus , manakala keputusan sensitiviti ( sensitivity ) ialah 96.67 peratus.

… Teruskan Membaca… …

Fenomena 2021, RichWorks Bantu Rakyat Dan Usahawan

January 21, 2022 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Informasi

Cabaran Pandemik Covid19 Pada Tahun 2021

Seriuslah nak suruh buat bisnes dalam keadaan pandemik ni! Kedai tak leh buka weh, apa nya nak buat bisnes pula!

Kalau dulu kita sering dengar anasir-anasir negatif seperti itu ketika PKP dan Pandemik, RichWorks International Sdn Bhd ada penyelesaiannya. Pemasaran digital merubah kebanyakan syarikat-syarikat untuk jadi lebih besar lagi.

Ada syarikat yang telah mencapai hasil jualan jutaan ketika pandemik dan secara online sahaja. RichWorks prihatin bantu usahawan ketika pandemik untuk menaikkan dan mengembangkan bisnes mereka. Ianya terbukti apabila hasil bimbingan RichWorks telah melahirkan ramai jutawan walaupun ketika musim pandemik. 

Cabaran Banjir Di Beberapa Buah Negeri Di Malaysia Pada Tahun 2021

Habis semua barang rosak, stok bisnes tak dapat diselamatkan! Susah nak bina bisnes semula!

Ini pula kerisauan para usahawan setelah berlakunya musibah banjir akhir tahun 2021. RichWorks prihatin akan usahawan turut mencari solusi dan bantu mereka yang terkesan. Dengan kepakaran RichWorks International Sdn Bhd, RichWorks bantu rakyat dengan lebih lagi.

… Teruskan Membaca… …

Penawar Penat Oleh Rasullullah

January 14, 2022 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Penawar di kala kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti .

Image by Pexels from Pixabay (Gambar sekadar hiasan )

Saidina Ali berkata :


‘Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah
dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.’
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:


‘Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.’

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 6
  • Page 7
  • Page 8
  • Page 9
  • Page 10
  • Interim pages omitted …
  • Page 76
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO