Assalamualaikum…
Alhamdulillah… Pada hari ini ( Jumaat 24 April 2020 bersamaan 1 Ramadan 1441 Hijrah ) semua umat Islam di Malaysia khususnya sudah pun mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia . Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini . Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) .
Walaupun pada tahun ini kita semua berpuasa di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) atau Movement Control Order ( MCO ) di dalam usaha kerajaan dan rakyat untuk memutuskan rantaian wabak atau virus Covid-19 yang sedang melanda . Pesanan saya di sini kepada semua para pembaca setia blog dan juga rakan-rakan blogger serta sahabat-sahabat di luar sana agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri sama ada di rumah mahupun di tempat kerja . Selain memakai topeng muka dan sarung tangan getah yang dikhaskan ketika berada di luar rumah atau di tempat-tempat awam , jangan lupa juga untuk memakai sekali hand sanitizer atau cecair pembersih tangan .
Semoga bumi Malaysia tercinta ini aka bebas dari Covid-19 . Sama-sama kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) atau Movement Control Order ( MCO ) dengan duduk di rumah bersama keluarga tercinta pada bulan Ramadan yang mulia ini .
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2020 Masihi 1441 Hijrah
Sebelum terlupa , pada kesempatan ini , Saya selaku pemilik dan penulis blog yang tidak seberapa ini , Ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2020 Masihi 1441 Hijrah kepada semua rakan-rakan blogger , pembaca setia blog ini , sahabat-handai serta saudara-mara yang berada jauh ataupun dekat . Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa secara sengaja atau tidak dan minta dihalalkan makan dan minum .
In Shaa Allah , puasa pada tahun ini hanya dapat menunaikan sembahyang terawih di rumah bersama keluarga tercinta memandangkan waktu kerja semasa PKP ini hanya di sebelah siang sahaja .
Niat Puasa Ramadan , Niat Sebulan Ramadan , Doa Berbuka Puasa Dan Niat Solat Sunat Terawih
Di sini juga saya sertakan sekali gambar yang mengandungi Niat Puasa Ramadan , Niat Sebulan Ramadan , Doa Berbuka Puasa dan Niat Solat Sunat Terawih sebagai panduan kita bersama .
Akhir kata , Semoga amalan kita semua di Bulan Ramadan yang mulia ini diterima oleh Allah S.W.T . Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2020 Masihi 1441 Hijrah .
StudioAJ says
Lama tak singgah sini, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Tuan Admin!
StudioAJ recently posted…Damia – Pasrah Chord
Wan Zawawi says
Selamat Hari Raya juga
sunah sakura says
eh eh macam tu ek rupa penyampaian tarikh Ramadhan sekarang? da lama sangat tak tengok TV, dulu2 penyampai tu duduk atas kerusi kan…
salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa ya!
sunah sakura recently posted…Resepi Bubur Lambuk Kambing Sedap Sangat
Wan Zawawi says
Ha ah tu la ..
sekarang berdiri je
Sis Lin says
Selamat berpuasa Wazy…selamat memasak hehehehe
Sis Lin recently posted…TERKINI! PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DISAMBUNG LAGI SEHINGGA 28 APRIL 2020
Wan Zawawi says
selamat berpuasa
Nona says
Salam Ramadan!
Stay strong, stay safe and jangan pinteng puasaaa.. Hoho!
Wan Zawawi says
salam ramadan juga