
Wordless Wednesday #59

Blogging Is My Passion

By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Wordless Wednesday

By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Review
Anda pernah dengar Cosmoderm ? Haa ..kalau nak tahu ia sebuah syarikat yang memasarkan produk penjagaan kulit untuk wanit dan tidak lupa juga lelaki . Jadi pada artikel hari ini , saya akan kongsikan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced . Jom baca sampai habis artikel ini ye 😊 .

Cosmoderm , jenama yang mengkhususkan di dalam produk penjagaan kulit ” Skin-Health Concern ” selama 20 tahun dirancang untuk memberikan penyelesaian khusus untuk masalah kulit biasa seperti kulit berjerawat dan berminyak , kulit kering , pigmentasi , sensitif dan lain-lain . Sebagai jenama yang memenuhi sasaran pengguna yang mempercayai Kecantikan Bermula Dengan Kulit Yang Baik Dan Sihat , Cosmoderm telah melancarkan rangkaian baru yang dinamakan COSMODERM SKIN LAB PERFECT BALANCED . Ia merupakan rangkaian yang memfokuskan pengguna untuk memiliki kulit yang sihat dan menyamankan .
Mempromosikan #SKINDEPENDENCE yang bermaksud ” Bebas dari Kulit Tidak Sihat”, Cosmoderm telah mengembangkan rangkaian perawatan kulit yang tepat dengan Prebiotik yang terbukti bermanfaat untuk kulit .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Informasi
Teleport , cabang logistik airasia digital, melancarkan Program Komuniti Usahawan pada 21 Januari 2021 di Kuala Lumpur . Program selama dua bulan ini dirangka untuk memberi peluang kepada usahawan di Malaysia mengembangkan perkhidmatan penghantaran Teleport di tujuh buah bandar di Malaysia seperti Ipoh , Seremban , Johor Bahru , Pulau Pinang, Kota Kinabalu , Kuching dan Miri .

Individu yang mendaftar untuk program ini dijangka memperoleh sehingga RM3,000 sebulan dan berpeluang untuk mendapat tawaran pekerjaan sepenuh masa dengan Teleport Malaysia . Mereka turut akan dilatih dan ditugaskan untuk memasarkan perkhidmatan penghantaran Teleport dan menguruskan operasi penghantarannya . Para usahawan juga akan diberikan senarai perniagaan untuk dipasarkan , serta akses kepada pelbagai teknologi milik Teleport sepanjang program in i.
Ketua Pegawai Eksekutif Teleport Pete Chareonwongsak berkata : “ Kami teruja untuk melancarkan Program Komuniti Usahawan ini di tujuh buah bandar di Malaysia. Perniagaan kami semakin berkembang , dan pada tahun 2021 ini kami menjangka lebih banyak peluang perniagaan akan tersedi . Program ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia – serta kakitangan AirAsia yang dikenali sebagai Allstars sama ada yang masih berkhidmat atau tidak .
… Teruskan Membaca… …By Wan Zawawi 1 Comment Filed Under: Tazkirah
Assalamualaikum…
Dalam hidup seharian , kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan dan dikalangan lelaki pun apa kurangnya ?
Cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat , tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat . Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk di belakang hamba Allah tu .

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati..Dah nama pun mengumpat , tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan ??? Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni ,t api cerita..orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula..tapi kita sedar tak , perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam , mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri . MasyaAllah , sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni ! Walaubagaimanapun pun , kita adalah hambaNya yang lemah . Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan .
Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain ? Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni :-
… Teruskan Membaca… …