• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan Kepada Ribuan Mangsa Banjir di Johor

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan Kepada Ribuan Mangsa Banjir di Johor

February 4, 2021 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Informasi

Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda, diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Nina .


Apabila air banjir surut , mangsa yang pulang ke rumah mereka memerlukan bantuan untuk mulakan kehidupan semula.

Clorox Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menyokong usaha bantuan banjir MERCY Malaysia dengan menyediakan lebih 4,000 unit produk pembersih dan pembasmi kuman untuk digunakan sebagai sebahagian daripada peralatan kebersihan bagi memudahkan proses pembersihan rumah mangsa banjir.


MERCY Malaysia akan mengedarkan kit kebersihan yang merangkumi Clorox Bleach Original dan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk membersihkan rumah mereka sebelum dapat didiami semula. Kawasan yang dilanda banjir teruk adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

 Clorox Bleach Original
Clorox Expert Disinfect Wipes Flow Packs


Pembersihan dan pembasmian kuman adalah sangat penting terutama selepas banjir kerana air banjir boleh menimbulkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis atau kencing tikus , koler a, demam kepialu dan Hepatitis A .


“ Daerah-daerah yang dilanda banjir teruk memerlukan Air , Sanitasi dan Kebersihan (WASH) dengan segera . Keperluan ini meningkat akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Kebersihan dan sanitasi yang baik adalah sangat penting untuk mematuhi SOP . Kami ucapkan terima kasih kepada Clorox Malaysia kerana telah memberikan sumbangan produk pembasmi kuman yang menjadi asas alat kebersihan untuk mangsa banjir yang pulang ke rumah mereka ,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Zuraidah binti Mian.

 Muhammad Hapis Jamil (kanan), wakil dari MERCY Malaysia menyerahkan kit kebersihan dari Clorox kepada Ahmad Raepi Bin Haji Jalil dari Pertubuhan Kebajikan Dan Kesejahteraan Komuniti Kulai #PEDULI KULAI untuk kegunaan mangsa banjir
Mangsa banjir menerima Kit Kebersihan dari Clorox dan MERCY Malaysia
Mangsa banjir menerima Kit Kebersihan dari Clorox dan MERCY Malaysia
Mangsa banjir menerima Kit Kebersihan dari Clorox dan MERCY Malaysia

“Kami berasa rendah diri melihat usaha MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mangsa banjir , dan ingin turut serta menyokong usaha mereka kerana keperluan mendesak , ” kata Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara , Paulo M. Lao. ” Kami berasa gembira kerana produk pembersih dan pembasmi kuman kami dapat membantu membersihkan rumah-rumah secara berkesan untuk persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan adalah penting .”

Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M. Lao

Dapatkan lebih maklumat mengenai bahan pembersih, aktiviti dan banyak lagi dari laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti halaman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www .instagram.com/cloroxmalaysia/

Mereka yang ingin menyokong Misi Bantuan Banjir MERCY Malaysia sebagai sukarelawan boleh mendaftar di https://www.mercy.org.my/volunteer/ .

Data Mangsa Banjir Tahun 2021

Daerah terjejas7
Mangsa terjejas41,358
Jumlah Keluarga11,290
Pusat Pemindahan376
Maut9
Dana diperlukanRM2 million
Jumlah terkumpulRM 528,191.44

Mengenai The Clorox Company

The Clorox Company ( NYSE: CLX ) adalah syarikat pengeluaran dan pemasaran produk pengguna dan profesional multinasional yang terkemuka dengan mempunyai kira-kira  8,800 pekerja di seluruh dunia dan penjualan bersih sebanyak $6.2 bilion bagi tahun fiskal 2019 . Clorox adalah penandatangan United Nations Global Compact dan Ellen MacArthur Foundation’s New Plastics Economy Global Commitment . Syarikat ini telah diiktiraf secara meluas atas usaha tanggungjawab korporatnya, termasuk CR Magazine’s 2019 100 Best Corporate Citizens lis t, Barron’s 2020 100 Most Sustainable Companies , the Human Rights Campaign’s 2020 Corporate Equality Index dan the 2019 Bloomberg Gender Equality Index , antara lain .  Sebagai sokongan komunitinya   , The Clorox Company dan yayasannya menyumbang kira-kira $12 juta dalam gabungan berbentuk geran  tunai , sumbangan produk dan pemasaran untuk tahun fiskal 2019. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati TheCloroxCompany.com, termasuk blog Good Growth, dan ikuti syarikat tersebut di Twitter di @CloroxCo.

Mengenai MERCY MALAYSIA

MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan kerajaan ( NGO ) yang berfokus untuk memberikan bantuan perubatan, pembangunan berkaitan kesihatan yang berpanjangan dan aktiviti pengurangan risiko bagi masyarakat yang kurang bernasib baik dalam situasi krisis ataupun buka n. MERCY Malaysia menyedari nilai bekerjasama dengan rakan kongsi dan sukarelawan serta memberi peluang kepada individu untuk berkhidmat dengan profesionalisme . Kami menjunjung Kod Tingkah Laku untuk Pergerakan Palang Merah Internasional dan Bulan Sabit Merah dan juga NGO dalam Bantuan Bencana dan bertanggungjawab kepada penderma dan penerima bantuan. Sebagai sebuah organisasi NGO , MERCY Malaysia hanya bergantung pada dana dan sumbangan dari organisasi dan individu yang dermawan untuk meneruskan perkhidmatan kami untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.mercy.org.my

Artikel Berkaitan:

  • Pesan Roh Kepada Manusia
    Pesan Roh Kepada Manusia
  • Teleport Oleh Air Asia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 Dan Pesawat Penumpang A320 yang Ditukar Kepada Kargo
    Teleport Oleh Air Asia Memperkukuh Laluan Utama dengan…
  • Teleport Mencari Komuniti Usahawan di Tujuh Buah Bandar di Malaysia
    Teleport Mencari Komuniti Usahawan di Tujuh Buah Bandar di…
  • Perkhidmatan Reka Bentuk Hiasan Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia
    Perkhidmatan Reka Bentuk Hiasan Dalaman Kini Boleh Dimiliki…
  • Pan Pacific Hotels Group Launches Its Next Sustainability Icon in Malaysia with PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur and Pan Pacific Serviced Suites Kuala Lumpur
    Pan Pacific Hotels Group Launches Its Next Sustainability…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. mshahrulnizam says

    February 8, 2021 at 9:45 AM

    Alhamdulillah…dapat juga membantu ringankan beban mangs banjir…
    mshahrulnizam recently posted…Cara Membuat Panggilan Live Video Untuk Kumpulan WhatsAppMy Profile

    Reply
  2. Snapbackpacker says

    February 5, 2021 at 2:46 PM

    memudahkan urusan dalam pembersihan selepas pasca banjir…
    cara bantuan terbaik ringankan beban
    Snapbackpacker recently posted…Itinerary Pakej Percutian Day Trip ( Balik Hari ) dan Harga Pulau Perhentian TerengganuMy Profile

    Reply
  3. Sis Lin says

    February 5, 2021 at 10:56 AM

    Alhamdulilah, moga ianya bermanfaat buat mereka membersihkan rumah..
    Sis Lin recently posted…JANGAN TERLALU TAKSUB MENGGUNAKAN FITNESS TRACKERMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #59
Next Post: Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (910)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (510)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (279)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (193)
  • KENAPA SAYA PILIH CUCKOO ? (119)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (111)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (94)
  • Demi Sesuap Nasi (94)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (67)
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-37 Buat Diriku (58)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2023 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO