Ramai orang beranggapan bahawa sebagai seorang graduan yang tamat pengajian di kolej atau universiti, mereka pasti akan dapat satu pekerjaan yang mereka idamidamkan. Namum, dalam realiti mereka dapati bahawa hari telah bersilih ganti, bulan dan tahun bersilih ganti , dan mereka masih lagi dalam status graduan yang menganggur .
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada isu tersebut, termasuklah faktor ekonomi, sistem dan kualiti pendidikan serta globalisasi. Jika anda beranggapan dengan sijil tamat pengajian akan menjaminkan anda satu pekerjaan , yang boleh membina satu kehidupan dan berkembang maju, maka anda adalah silap .

Pemikiran sebegitu sudah ketinggalan zaman atau lapuk untuk digunapakai dalam era baru ini. Dunia telah berubah dan akan terus berubah.
Kini, pasaran pekerjaan menjadi satu daya saing yang sengit. Majikan menjadi lebih dan berganda berhati-hati dalam mengupah pekerja. Majikan kini hanya berminat mengupah pekerja yang boleh memberikan sumbangan secara konsisten serta efisien dalam perkembangan dan produktiviti organisasi.
… Teruskan Membaca… …