Assalamualaikum…
Kenali organisasi yang anda ingin sertai adalah langkah yang seterusnya. Ini memerlukan usaha yang lebih setelah anda memutuskan untuk menyertai organisasi tersebut .
Anda perlu realistik dan mendapatkan segala maklumat tentang organisasi tersebut dengan bertanyakan soalan, membuat kajian , membaca laporan tahunan organisasi dan sebarang sumber lain yang berkaitan dengan organisasi tersebut.
Dalam proses pencarian maklumat dan kajian yang anda jalankan, ia akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang budaya , perkembangan dan matlamat organisasi . Kesemua ini akan memberikan bantuan yang besar dalam temuduga anda . Semasa temuduga anda harus menunjukkan anda berminat dan anda sememangnya layak untuk diambil bekerja .
Adalah mustahak untuk mengetahui tentang saiz organisasi , kedudukan dalam pasaran , lokasi geografi , jenis latihan yang dibekalkan , peluang untuk kemajuan, budaya organisasi, kekuatan dan potensi gaji . Adalah penting juga mengetahui kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh organisasi , gaya pengurusan dan dan kriteria-kriteria lain yang anda fikirkan penting .
Ini juga akan membantu anda untuk mengenalpasti sama ada posisi yang anda pohon itu bersesuaian dengan anda dan kemahiran yang anda miliki . Anda akan membuatkan orang yang menemuduga anda berasa kagum dengan pengetahuan dan persediaan rapi anda . Mereka akan mempunyai satu tanggapan bahawa anda seorang yang bermotivasi , teratur dan berkesanggupan untuk belajar serta bekerja . Dalam pendek kata, peluang anda diambil bekerja adalah tinggi .
Langkah yang seterusnya adalah menyediakan satu resume . Resume adalah satu dokumen yang mengandungi ringkasan berkaitan kemahiran kerja , pengalaman , pendidikan , pencapaian yang dihantar kepada majikan . Itu adalah item pertama yang akan ditemui oleh majikan dalam pencarian pekerja. Selepas melalui penapisan resume , satu temuduga akan diadakan .
Tujuan resume adalah supaya anda dipanggil untuk menghadiri temuduga. Itu adalah alat utama anda dalam pencarian kerja . Ia kemungkinan akan mengambil masa untuk menyediakan satu resume yang berkesan . Tetapi adalah berbaloi . Terdapat banyak buku dan rencana memberi panduan bagaimana menyediakan resume. Kebanyakan panduan yang diberikan adalah sama .
Dr. William Bridges , mengatakan , β Setiap bahagian dalam resume anda β pengalaman kerja , pencapaian , pendidikan, kemahiran dan sebagainya, perlulah menonjol . Namun, dengan menggunakan profil resume , profil peribadi , ringkasan objektif kerjaya atau pernyataan kecekapan adalah cara yang efektif untuk memastikan bahawa resume anda adalah benar-benar jelas . β
Anda berkemungkinan terlepas dari peluang temuduga sekiranya anda menyediakan profil resume dengan remeh . Saya cadangkan profil resume dibahagikan kepada dua bahagian . Bahagian pertama adalah profil peribadi dan bahagian kedua adalah profil resume . Dalam penyediakan profil peribadi anda perlu memasukkan beberapa atau kesemua elemen seperti di bawah :
** Satu ringkasan kareer anda dengan menekan aktiviti semasa anda .
** Satu senarai kompetensi atau kecekapan secara ringkas. Ini adalah satu penerangan ringkas pengalaman dan kemahiran tertentu . Contohnya , pengetahuan tentang jualan , kewangan , teknikal , kepimpinan dan sebagainya .
** Objektif kareer β apa yang anda ingin lakukan dan bagaimana pendidikan serta pengalaman kerja anda dapat membantu. Anda boleh menulis secara tepat atau secara umum dan ianya selalunya bergantung dengan jenis kerja yang anda pohon.
Anda perlu ingat bahawa janganlah berpanjang lebar dalam profil peribadi . Buatlah seringkas yang boleh . Anda boleh menerangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian kedua iaitu profil resume .
Kunci untuk menyediakan satu ringkasan peribadi yang berkesan adalah dengan membuat analisis tentang permintaan organisasi . Kemudian kaitkan dengan pengalaman , kemahiran serta objektif anda setepat yang mungkin .
Bersambung Di Bahagian 3…
Sumber Artikel Dari : https://www.aliqassem.com
Nona says
Setujuuu dgn info di atas… Resume also is one of our image .. first impression buat kita yang sangat penting before dapatkan pekerjaan
Wan Zawawi says
Yup betul tu..
Resume memainkan peranan yang penting juga
Sembah Naim Daniel says
Terbaik infonya.. thanks share yer..
Wan Zawawi says
Sama-sama π
Nurhidaya says
For share info ni.. sesuai sangat utk dicuba..
Wan Zawawi says
Sama-sama
Semoga bermanfaat
Norfaizah Ahmad Amirfuddin says
Tq share info
Wan Zawawi says
Sama-sama
Terima kasih juga sebab sudi membaca artikel dan tinggalkan komen